Itali merupakan sebuah negara yang amat terkenal dengan makanan tradisinya iaitu pasta, pizza dan gelato. Namun begitu, seorang warga Malaysia yang dikenali sebagai Justin Yip ingin memperkenalkan rasa asli masakan Malaysia kepada warga Itali.
Justin Yip yang berusia 34 tahun telah menetap di Itali selama 11 tahun dan mulakan bisnes food truck 4 tahun yang lalu di Turin, Itali.
Justin merasakan warga Turin tidak mempunyai akses kepada hidangan Malaysia yang asli, jadi dia membuat keputusan berani untuk memperkenalkannya kepada penduduk di sana dengan memulakan bisnesnya sendiri iaitu Sate & Sake.
Meskipun masakan dan hidangan warga Itali amat berbeza dari Malaysia, Justin yakin bahawa hidangan Malaysia dapat menabat hati warga Itali.
Justin yang berasal dari Muar, Johor, dan dibesarkan di Melaka memperkenalkan hidangan sate bersame dengan nasi, timun dan kuah kacang. Turut disediakan adalah nasi dengan kari dan juga sandwich Vietnam iaitu Bahn Mi.
Bahn Mi diperkenalkan kerana konsepnya menyerupai Panini, iaitu sandwich yang sudah dikenali oleh warga Itali.
Justin membuka perniagaannya berdekatan dengan sebuah universiti pada tahun 2017. Pada mulanya, sambutan agak kurang memberasangkan, oleh kerana perniagaannya mula beroperasi ketika tahun akhir persekolahan. Namun begitu, apabila pelajar universiti kembali untuk mulakan sesi kelas yang baru, perniagaannya mula mendapat sambutan yang hebat.
Sebelum ini, Justin juga pernah berkerja untuk syarikat kecil untuk mempromosikan masakan dan budaya Jepun kepada warga Eropah. Disitulah minatnya pada sake timbul dan apabila dia ingin mulakan bisnesnya tersendiri, dia mendapat ilham untuk mengabungkan perkataan ‘sate’ dan ‘sake’ kerana ianya kedengaran lebih catchy.
Justin juga berharap untuk mengembangkan lagi perniagaannya di masa hadapan supaya dia dapat membuka sebuah restoran untuk menghidangkan lagi lebih banyak masakan Malaysia.
Kredit: Free Malaysia Today
Baca Juga: Ini Cara Buat Sate Ayam Yang ‘Juicy’, Resepi Lengkap Bersama Kuah Kacang Sedap!