Langkau ke kandungan

Anak Cakap Rasa Sebijik Sama Macam Spring Fries McD, Ibu Ini Kongsi Resipinya

Resipi

5 bahan, 6 langkah

Terus ke resipi
Spring Fries

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini lebih baik jika memasak sendiri supaya kebersihan lebih terjamin dan duit pun tidak membazir untuk makanan yang boleh buat sendiri di rumah.

Contoh makanan yang paling digemari ramai iaitu kentang goreng. Lagi nikmat dapat makan panas-panas baru angkat dari kuali.

Selepas ini tak perlu beli lagi, boleh buat sendiri je dengan menggunakan cara-cara yang dikongsikan oleh Farah Afendy di bawah.

Resipi French Fries Sebijik Sama Macam Fries McD

Bahan-bahan:

  • 5-6 biji kentang
  • Garam
  • Penyedap rasa
  • Serbuk lada hitam
  • Tepung jagung

Cara-cara:

  1. Rebus kentang sehingga separa empuk.
  2. Lenyekkan kentang, kemudian masukkan garam, penyedap rasa dan serbuk lada hitam.
  3. Masukkan 1-2 sudu tepung jagung dan gaul rata.Anak Cakap Rasa Sebijik Sama Macam Spring Fries McD, Ibu Ini Kongsi Resipinya
  4. Leperkan adunan dan potong memanjang atau tekap mengikut kreativiti.Anak Cakap Rasa Sebijik Sama Macam Spring Fries McD, Ibu Ini Kongsi Resipinya
  5. Kemudian goreng dengan api sederhana sehingga keperangan.Anak Cakap Rasa Sebijik Sama Macam Spring Fries McD, Ibu Ini Kongsi Resipinya
  6. Siap, selamat mencuba!Anak Cakap Rasa Sebijik Sama Macam Spring Fries McD, Ibu Ini Kongsi Resipinya

Kredit: Farah Afendy

Si Bunga

Penulis Daily Makan.

Semua tulisan Si Bunga