Kepak ayam goreng menjadi hidangan sampingan yang sangat terkenal. Enak dinikmati dengan begitu sahaja atau bersama sos atau nasi putih, terdapat pelbagai variasi kepak ayam goreng yang telah dihasilkan. Semuanya sedap!
Bagi anda yang ingin cuba sesuatu yang baharu, cuba pula resepi kepak ayam goreng pedas chinese style yang telah dikongsikan oleh Nurul Ateekah di grup Masak Apa Hari Ni..(MAHN). Teramat ringkas dan mudah sahaja, yang penting sedap.
Resepi Kepak Ayam Goreng Pedas Chinese Style
Bahan-Bahan
- 8 ketul kepak ayam
- 1 sudu kecil cuka
- 1 biji telur (putih sahaja)
- 1 sudu besar tepung jagung
- 2 sudu besar tepung gandum
- Miyak masak
Bahan Rempah
- 1 1/2 sudu kecil chilli flakes
- 1 sudu kecil serbuk lada putih
- 1 sudu kecil serbuk Sichuan peppercorn – dapatkan di sini
- 1 sudu kecil serbuk jintan putih
- 1 1/4 sudu kecil garam
- 1/4 sudu kecil gula
- 1 sudu kecil serbuk paprika
Cara Penyediaan
- Cuci kepak ayam sehingga bersih dan tapiskan. Sediakan 1 mangkuk besar dan masukkan kepak ayam, cuka dan 1 1./2 bahan rempah yang telah dicampurkan. Gaulkan sebati dan perapkan paling kurang 30 minit.
- Setelah diperap, campurkan tepung jagung, tepung gandum dan telur ke dalam ayam yang telah diperapkan tadi. Gaul sehingga rata.
- Di dalam periuk atau kuali, panaskan minyak goreng sehingga 325F. Minyak harus cukup sehingga kepak ayam dapat tenggelam. Goreng kepak ayam selama 10 minit. Angkat dan tapis ayam tersebut. Rehatkan kepak ayam sebentar.
- Panaskan minyak, kemudian masukkan semula ayam yang telah digoreng tadi ke dalam minyak yang panas dan gorengkan selama 3 minit sehingga menjadi warna keemasan dan rangup.
- Akhir sekali, angkat ayam tadi kemudian taburkan bersama lebihan bahan rempah tadi dan gaulkan sehingga sebati.
Mudah sahaja untuk buat kepak ayam goreng pedas chinese style di rumah, kan? Rasanya sangat pedas, kena dengan selera. Jadi bagi anda yang sangat menggemari makanan yang pedas, bolehlah mencubanya sekarang.
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini.
Kredit: Nurul Ateekah di grup Masak Apa Hari Ni..(MAHN)
Baca Juga: Puas Hati Makan, Ini Cara Buat Nasi Goreng Nenas Thai Yang Sedap. Masak Sendiri Pun Jadi