Pernah makan kacang botol? Kacang botol bukan sahaja boleh di buat ulam ulaman malah kita boleh menggunakan kacang botol untuk membuat kerabu. Tak percaya?? jom ikuti  resepi untuk memasak kerabu kacang botol  yang sedap:

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 mangkuk kacang botol
  • 1 mangkuk taugeh
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1.5 sb cili merah/sambal belacan
  • 2 sb kerisik kelapa
  • 2 – 3 sb kelapa parut
  • 1 – 2 cubit garam
  • 1 biji limau nipis

Cara untuk membuat kerabu kacang botol:

  1. Masukkan semangkuk kacang botol ke dalam bekas
  2. Masukkan semangkuk taugeh
  3. Masukkan bawang besar, cili merah dan kerisik kelapa
  4. Masukkan kelapa parut dan garam
  5. Gaulkan semua bahan yang telah dimasukkan kedalam bekas tadi
  6. Perahkan asam limau nipis
  7. kerabu kacang botol siap untuk dihidangkan

Selamat Mencuba.

Tonton video ini untuk mengetahui cara-cara penyediaannya:

 

Kredit resepi: Limau Nipis

5/5 (1 Review)
(This post has been visited 44 times!)