Tanggungjawab sebagai seorang ibu tidak mudah. Bukan sahaja perlu menguruskan rumah dan anak-anak, malah para ibu sekarang turut perlu berusaha untuk mencari rezeki bagi meneruskan kelangsungan hidup dan bantu para suami dalam menyara keluarga.
Justeru itu, ramai suri rumah membuat pilihan untuk memulakan perniagaan. Meskipun secara kecil-kecilan, ia dapat memberi sedikit pendapatan pada keluarga. Namun, semua perniagaan ada dugaannya. Bagi si suri rumah, antara cabarannya adalah menguruskan anak-anak.
Tak tahan dengan kerenah anaknya yang tidak berhenti menangis, nurhashimahadnan terpaksa meluahkan di laman TikTok.
Oleh kerena tidak tahan dan perlu menyiapkan pesanan dari pelanggan memandangkan masa makin berlalu, wanita tersebut terpaksa meminta tolong ibunya bagi meredakan anaknya.
Walaupun tidak ingin menyusahkan, perkara itu terpaksa dilalukan kerana hanya dengan bantuan ibunya baru anaknya dapat diredakan. Tambahnya, dia sangat berterima kasih pada ibunya dan tidak dapat bayangkan jika kehilangannya.
@nurhashimahadnan Kisah harini 😭
@nurhashimahadnanKisah harini 😭♬ Belum Siap Kehilangan – Afiq Adnan
Di ruangan komen, para ibu berasa tersentuh dengan video tersebut kerana pengalaman tersebut sama dengan apa yang mereka melalui. Hanya mereka yang bergelar ibu sahaja memahami cabaran yang terpaksa dihadapi disebalik kemanisan gelaran tersebut.
Jelas tanggungjawab sebagai seorang ibu itu tidak mudah dipikul. Dalam kemanisannya, pasti ada dugaan tersendiri. Kadang-kadang sebak juga bila mengenangkan beban para ibu terpaksa pikul semata-mata untuk menjaga keluarganya.
Jadi, hargailah ibu anda yang telah penat membesarkan anda. Semoga jasa mereka dapat dibalas baik pada masa akan datang.
Kredit: TikTok nurhashimahadnan
Baca Juga: Wanita Ini Bangga Dengan Kerja Anak Sebagai Tukang Sapu Sampah, Gaji Pertama Siap Belanja Keluarga