Semalam, berita berkenaan pempengaruh dan usahawan popular, Khairul Aming mencuri tumpuan apabila dikunjungi Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon di sebuah restoran di ibu kota Kuala Lumpur.
Melalui video yang dimuatnaik di Instagram (IG), Khairul memberitahu pertemuannya bersama Luxon adalah sebagai tanda penghargaan dari pihak New Zealand untuk video percutian sambil memasak yang dihasilkannya di negara berkenaan.
Pada pertemuan itu, Khairul atau nama sebenar, Khairul Amin Kamarulzaman, 32, turut mengadakan perbincangan mengenai pertukaran pelancongan antara Malaysia dan New Zealand.
Dalam masa yang sama, ramai orang dari setiap lapisan masyarakat memberikan ucapan tahniah dan pujian kepada Khairul Aming kerana membanggakan Malaysia dengan kunjungan penghargaan tersebut.
Melalui hantaran story Instagram terbarunya, dia mengucapkan kata maaf kerana tidak sempat untuk membalas satu persatu ucapan tahniah tersebut kerana sibuk mengejar penerbangan untuk meraikan staf kilangnya bercuti.
“Thank you for the wishes guys. I’m sorry tak sempat baca komen sebab lepas jumpa PM NZ tadi terus kena berlari kejar flight untuk sambut kesemua 100 staff kilang NYET untuk bercuti. It’s time for their annual vacation.
“Tiada jualan Sambal dan Dendeng Nyet untuk minggu ini. Kita nak bagi staff berehat and enjoy their holiday,” tulis Khairul Aming dalam hantaran tersebut.
Berdasarkan hantaran tersebut, ramai orang bangga dan terus memberi pujian kepada Khairul Aming kerana terus menerus membuktikan bahawa dia merupakan bos yang menjaga kebajikan pekerja dengan sangat baik.
Sumber: Khairulaming
Baca juga: Bungkus 14,000 Botol Minyak Herba Sehari, Ini Orang Di Belakang ‘Jungle Girl’