Lobak putih sangat baik untuk kesihatan kerana mengandungi vitamin C, vitamin B, Zink dan juga Fosforus. Selain itu, lobak putih juga mempunyai sifat penyahjangkit dan mampu untuk mencegah penyakit kulit terutamanya pada kanak-kanak seperti ruam, rekahan dan kulit kering.
Namun, kanak-kanak sudah pastinya tidak suka dengan rasa lobak putih yang pahit. Kebiasaannya yang makan lobak putih ini adalah ibu-ibu berpantang untuk khasiat banyakkan susu badan.
Khasiat lobak putih ini sangat banyak dan telah dikongsi oleh Zulkifli Mat yang telah pulih daripada penyakit eczema.
Menerusi perkongsian saudara Zulkifli, lobak putih merupakan penawar bagi penyakit eczema. Kalau makan lobak putih banyak-banyak, kulit kita boleh bebas daripada eczema. Lobak putih sangat dikenali dalam kalangan masyarakat Cina, Jepun dan Korea kerana itu makanan harian mereka.
Namun, bagi anak-anak Melayu mereka tidak gemar dengan lobak putih kerana rasanya yang pahit. Tapi mereka perlu tahu bahawa lobak putih tidak perlu dimakan begitu sahaja, boleh juga direbus bersama sup ayam, goreng jadikan fries pun boleh.
Pepatah ini digunakan oleh masyarakat Cina dan Jepun kerana mereka percaya dengan makan lobak putih boleh mencegah pelbagai penyakit. Mereka yakin bahawa lobak putih mampu untuk menguatkan sistem pertahanan tubuh secara semula jadi, menguatkan buah pinggang dan tulang.
Zulkifli juga menyatakan hasrat untuk para ibu memperkenalkan lobak putih kepada anak-anak mereka kerana masalah kulit dalam kalangan kanak-kanak semakin berleluasa.
Begitu banyak manfaat lobak putih yang sebenarnya kita tak tahu. Maka tak hairanlah kenapa masyarakat Asia sangat suka dengan lobak putih.
Sumber: Zulkifli Mat
Baca juga: Ajar Anak Makan Apel Bersama Kulitnya, Ini Khasiat Kulit Apel Yang Ramai Tak Tahu!