Meniaga bukanlah semudah seperti yang disangka. Terdapat pelbagai cabaran dan risiko yang perlu dihadapi, para peniaga perlu sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku.
Terutamanya bagi peniaga kecil yang hanya meniaga di bawah khemah, mereka perlu memilih lokasi yang selamat dan cuaca yang baik untuk meniaga. Jika tidak, perkara yang tidak diduga mungkin akan berlaku.
Menjual minuman dan buah-buahan secara kecil-kecilan di tepi jalan raya, seorang lelaki adambrown membuka khemahnya untuk mencari rezeki buat hari tersebut.
Bertentangan dengannya, seorang lelaki turut membuka gerai yang kecil untuk menjual makanan yang dibawa. Namun hal yang tak diduga tiba-tiba berlaku dan tempat mereka dilanda angin kencang.
Angin kencang itu menyebabkan khemah mereka bergerak dan hampir bertebangan. Demi menyelamatkannya, peniaga itu terus memegang pada besi yang ada supaya ia tidak dibawa angin.
Melihat rakan senasibnya, lelaki itu berasa kesal kerana tidak dapat membantunya tapi apakah daya? Dia juga perlu menyelamatkan khemah miliknya supaya tidak dibawa angin tersebut.
@adambrowm Updated Kejadian Ngeri , Angin Ribut , Member Hampir Dibawa Angin 🤣 Badan dah laa Sekeping 🤣 #Fyp #kejadiantakterduga #peniagakecil
@adambrowm Updated Kejadian Ngeri , Angin Ribut , Member Hampir Dibawa Angin 🤣 Badan dah laa Sekeping 🤣 #Fyp #kejadiantakterduga #peniagakecil ♬ original sound – Saddam Pidie
Di ruangan komen, orang ramai turut kesian melihat nasib peniaga tersebut yang terpaksa menyelamatkan khemah sendiri. Malah pengguna jiwanmagar53 memohonnya untuk membantu peniaga itu tapi pemilik video itu telah menjelaskan mengapa dia tidak dapat berbuat begitu.
Kesian pula melihat peniaga itu bergelut seorang diri untuk menyelamatkan khemahnya. Nak bantu pun tak mampu memandangkan diri sendiri juga perlu diselamatkan. Harap-harap semuanya selamat dan tiada perkara buruk yang berlaku.
Kredit: adambrown
Baca Juga: “Happy Muka Dia..” – Lelaki Tahan Pak Cik Untuk Beli Petai, Tak Sangka Pula Ini Yang Dia Dapat!