Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Kisah Kucing Zubaidah Angkut Makanan Bagi Anak Makan, Tapi Tak Sangka Pengakhiran Macam Ni..

Kisah Kucing Zubaidah Angkut Makanan Bagi Anak Makan, Tapi Tak Sangka Pengakhiran Macam Ni..

Kategori:
kucing Zubaidah

Kasih sayang seekor kucing terhadap anaknya memang tak boleh disangkal kan? Tengok sahaja kucing peliharaan kita di rumah, selepas beranak, pasti dia akan marah kepada sesiapa sahaja yang ingin memegang anaknya.

Tetapi, jika dibandingkan dengan kucing jalananan, mereka memerlukan lebih banyak tenaga dan semangat untuk berjuang mendapatkan makanan demi menjaga anak-anaknya. Ketabahan kucing jalanan ini dapat dipelajari dan diambil contoh oleh manusia.

Kisah Kucing Zubaidah Angkut Makanan Bagi Anak Makan, Tapi Tak Sangka Pengakhiran Macam Ni..

kucing Zubaidah

Berbicara tentang kucing jalanan, kisah seekor kucing jalanan bernama Zubaidah ini mendapat perhatian netizen. Ia dikongsikan oleh seorang lelaki bernama Muhammad Idham di laman TikToknya.

Kucing Zubaidah tersebut merupakan kucing jalanan yang selalu berkeliaran di kedai Kak Nur Nasi Kukus, Langkawi sehinggalah dia beranakkan anak-anak kucing comelnya.

Apa yang menyentuh hati, walaupun dia seekor kucing jalanan yang terbiar, kucing Zubaidah menjaga anaknya dengan penuh kasih sayang. Tanpa meninggalkan tanggungjawab walau sehari pun, dia tetapi memungut makanan dan menggonggong sisa makanan tersebut untuk memberi sesuap rezeki kepada mereka semua.

“Al Kisah Zubaidah family, hari-hari angkut makanan bagi anak dia. Paling fav hati ayam lah. Kucing jalanan, comel-comel semua. Pandai jaga anak. Sekarang hanya tinggak kenangan. Semua dah pergi. Semoga jumpa kita di sana nanti,”tulis pemilik video berkenaan.

kucing Zubaidah

@kaizoku0707

Kisah Zubaidah dan anak2nya ✨ ..Semua dah pergi jauh 🥲 ..Ibu yang baik ..Pandai jaga anak3 #kucing #catlover #tiktokmalaysia🇲🇾 #fyp #fyppppppppppppppppppppppp

♬ original sound – _wanyhasrita_ – _wanyhasrita_

@kaizoku0707 Kisah Zubaidah dan anak2nya ✨ ..Semua dah pergi jauh 🥲 ..Ibu yang baik ..Pandai jaga anak3 #kucing #catlover #tiktokmalaysia🇲🇾 #fyp #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound – _wanyhasrita_

Ketika ditanya berkenaan di mana keberadaan kucing tersebut sekarang, Muhammad Idham berkata, Tuhan lebih menyayangi mereka.

“Zubaidah memang kucing yang aku tak tahu mari dari mana. Hari-hari lepak di kedai Kak Nur Nasi Kukus dan Runner Vape Langkawi dari July 2021. Kami pakat-pakat jaga sampai dah beranak dalam kedai kosong sebelah runner vape.

“Baru-baru ni bila kedai kosong tu dah ada penyewa baru, anak-anak ni terpaksa dikeluarkan. Jadi depa terpaksa hidup dengan dunia luar. Ada yang hilangkan diri, ada yang dilanggar sebab lokasi tepi jalan utama. Allah lebih menyayangi mereka.

“Zubaidah menghilangkan diri. Anak-anak dia ada yang mati sebab dilanggar dan sakit. Maaf kerana tak dapat jaga dengan baik,”luahnya.

kucing Zubaidah

@kaizoku0707

Replying to @💜:Babymell:💜 Jawapan utk ramai yg tnya kemana mereka..maaf kerana gagal jga dengan baik👏🏼✨ #cat #tiktokmalaysia🇲🇾 #kucing #kucingtiktok #fyp

♬ suara asli – zayn – zainul

@kaizoku0707 Replying to @💜:Babymell:💜 Jawapan utk ramai yg tnya kemana mereka..maaf kerana gagal jga dengan baik👏🏼✨ #cat #tiktokmalaysia🇲🇾 #kucing #kucingtiktok #fyp ♬ suara asli – zayn – zainul

Ada Yang Dilanggar, Ada Yang Hilangkan Diri

kucing Zubaidah

Melihat ruangan komen, ramai yang tersentuh hati dengan kisah yang dikongsi oleh lelaki berkenaan. Ada yang sampai menitiskan air mata kerana tidak menyangka pengakhiran kucing Zubaidah sungguh memilukan.

“Kucing jalanan perlukan fighting betul-betul untuk berjuang dapatkan makanan. Taapi haiwan ni tak pernah mengeluh. Ni sifat yang manusia boleh belajar,” kata netizen.

Manusia Boleh Belajar Sifat Kemanusiaan Daripada Kucing Jalanan

kucing Zubaidah

Buat pemilik video ini, terima kasih kerana sudah menjaga dan memberi makam kepada Zubaidah dan anak-anaknya. Semoga daripada kisah ini kita dapat mengambil pengajaran dan ikhtibar supaya jangan berhenti berbuat baik kepada semua makhluk Tuhan, bukan sahaja kepada manusia.

Sumber: Kaizoku0707

Baca juga: Lelaki Ini Kongsi Kisah Seram Masa Sambut Birthday Anak Saudara, Netizen Mula Jadi Detektif

tags: | |