Sambutan hari jadi memang kebiasaannya kita raikan bersama orang yang tersayang. Tak kisahlah ianya sambutan hari jadi kita ataupun orang lain, jika dalam majlis berkenaan, pasti kita akan seronok kan?
Biasanya, kek serta makanan sampingan akan disediakan dan dimulakan dengan acara menyanyi lalu potong kek. Tak kisahlah sambutan disambut dekat luar atau di rumah, yang penting kita menikmati dan merayakan bersama yang tersayang. Momen lebih penting dari segalanya.
Menyebut perihal hari jadi, seorang lelaki di TikTok berkongsi kisah seram semasa menyambut hari jadi anak saudaranya. Video yang dimuatnaik di laman berkenaan menunjukkan susasana sambutan hari jadi yang disambut di sebuah kedai makan pada suatu malam.
Ketika ahli keluargaya yang lain sedang sibuk ingin mengambil gambar, video yang dirakamnya ketika itu didapati turut merakam sepasang sudu dan garfu yang bergerak sendiri dan tiba-tiba jatuh ke atas lantai.
“Perhatikan sudu dan garfu tersebut, video ketika diambil kerika menyambuit hari ulang tahun anak saudara,” tulisnya menerangkan kisah seram masa sambut birthday tersebut.
Ekoran video yang dimuatnaik berkenaan, ramai netizen yang menyatakan pendapat masing-masing dan mula menjadi detektif bagi menyelesaikan persoalan video itu. Bermacam-macam pandangan netizen ditulis di ruangan komen sehingga video berkenaan mendapat 354 ribu tontonan setakat ini.
Meninjau ruangan komen, ada netizen yang mempersoalkan kepada garfu tersebut bergerak sebelum ia jatuh. Hal itu menjadi pertanyaan buat netizen yang memikirkannya.
“Why the garpu serak sebelum jatuh. Tapi ramai kata pisau tu memang berat. Memang la. Tapi tengok awal-awal tu garfu ada gerak sedikit,” kata seorang netizen.
@aideheq #fyp #seram #mistik ♬ Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects
Selain mengiakan bahawa ia sebagai kisah seram, ada juga netizen berpendapat dan menghubunngkan ia dengan teori sains. Dan, ada juga yang mengatakan video itu bergerak dalam keadaan ‘reverse’.
“Graviti. Punca pisau tu tak seimbang dan menahan dari tebing cawan. Bila meja bergoyang sikit pisau tu melenting tolak garfu tu sekali.”
“Video ni undo kan? Sebab boleh nampak kereta kat bawah berundur, sebab tengok phone kakak dia juga, tekan tapi phone tutup.”
“Kalau undo, lagi pelik tu, sapa masukkan garfu dengan pisau tu dalam mangkuk? Terbang sendiri?.”
Begitulah beberapa pandangan dan pendapat netizen yang memberi komen.
Kalau lihat kepada keseluruhan video kisah seram masa sambut birthday ni, anda rasa macam mana? Real tak real? Bagaimana pula pendapat anda?
Sumber: aideheq