Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

Tuan Rumah Rasa Kecewa, Kongsi Pengalaman Sedih Di Majlis Open House Bila ‘Terkena’ Dengan Kawan-Kawan

Rasida by Rasida
Mei 22, 2022
in Berita
3 min read
0 0
0
OPEN HOUSE
0
SHARES
25
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Sempena Hari Raya tahun ini, ramai yang sibuk mengadakan majlis open house. Ada yang meraikannya secara besar-besaran dengan menjemput begitu ramai orang, ada juga secara kecil-kecilan bersama kawan-kawan dan keluarga sahaja.

Sebagai tuan rumah majlis tertentu, sudah tentu kita akan berasa gembira apabila melihat tetamu seronok menikmati makanan dan minuman yang telah disediakan.

Namun lain pula perasaan seorang lelaki ini yang dikenali sebagai soodsahak di laman TikTok, apabila majlis open house yang telah diadakan olehnya menjadi sayu. Ikuti  perkongsiannya.

Tuan Rumah Rasa Kecewa, Kongsi Pengalaman Sedih Di Majlis Open House Bila ‘Terkena’ Dengan Kawan-Kawan

Ingin mengadakan sebuah majlis open house secara kecil-kecilan Sempena Syawal tahun ini, seorang lelaki telah melakukan persiapan di rumahnya. Dia turut menjemput beberapa kenalan serta kawan-kawan.

Setelah penat seharian memasak, membancuh minuman serta mengemas rumah bagi memastikan tetamunya akan selesa, dia telah menghidangkan makanan dan minuman sambil menunggu tetamu tiba. OPEN HOUSE OPEN HOUSE

Namun setelah beberapa waktu, tiada kelibat tetamu pun kelihatan. Hal ini membuatnya berasa sedih kerana dia telah menjemput kawan-kawannya ke rumah untuk menghadiri open house yang telah diadakan.

@soodsahak

Sedih kan kalau terkena #fyp #foryoupage #raya2022

♬ Katy Perry When They Ask You How You Are – Erica Strada

BacaJuga

Puding Buah Kuah Kastard

Jom Buat Puding Buah Kuah Kastard Pagi Hari Raya, Terus Hilang Rasa Dahaga & Hilang Craving

April 21, 2023
118
Nak Pulut Cantik Di Hari Raya? Ini Cara Buat Pulut Tetal Bunga Telang Kaya Pandan, Ramuan Istimewa dan Sedap!

Nak Pulut Cantik Di Hari Raya? Ini Cara Buat Pulut Tetal Bunga Telang Kaya Pandan, Ramuan Istimewa dan Sedap!

April 15, 2023
38
@soodsahak Sedih kan kalau terkena #fyp #foryoupage #raya2022 ♬ Katy Perry When They Ask You How You Are – Erica Strada

Menjengah di ruangan komen, orang ramai turut bersimpati dengan perkara yang telah menimpanya. Tambah seorang wanita yang dikenali sebagai Kakaknurintan, hal sebegini membuatkannya berasa malas untuk menjemput kawan-kawan untuk datang beraya di rumah. Takut beria melakukan persiapan tapi akhirnya tiada yang datang, lebih baik tunggu mereka ‘menjemput diri’ sendiri.

Fitria_ieka14 turut sependapat dan berasa seeloknya menunggu tetamu bertanya tentang hal itu dahulu memandangkan ramai yang tak tahu menghargai usaha yang telah dilakukan oleh tuan rumah.

Malas Nak Beria Jemput Orang Sebab Ramai Tak Tahu Menghargai OPEN HOUSE

Ada juga yang senasib seperti lelaki itu. Pengguna yang dikenali sebagai Mieza, Bake9130 dan MissNorehan turut mengalami perkara yang sama.

Setelah seharian memasak untuk tetamu sebanyak 30 orang, akhirnya kawan-kawan tidak datang. Hal itu membuat mereka berasa sangat sedih.

Pernah ‘Terkena’ Dengan Kawan Juga OPEN HOUSE

Oleh itu, kita sebagai tetamu perlulah menghargai usaha yang telah dilakukan oleh si tuan rumah. Bila dijemput, apa salahnya kita ke sana untuk berbual seketika sambil menikmati aneka juadah yang telah disediakan?

Hal itu tentunya akan membuat tuan rumah berasa gembira. Sekurang-kurangnya mereka akan berasa berbaloi dengan penat mereka apabila melihat makanan dan minuman yang telah disediakan dinikmati tetamu.

Kredit: soodsahak

Baca Juga: “Orang Buat Kuih Tu Tak Salah..”, Terkejut Dengan Rupa Karipap Frozen, Ramai Nasihat Jangan Membazir

Download WordPress Themes Free
Download WordPress Themes
Download Premium WordPress Themes Free
Free Download WordPress Themes
lynda course free download
download micromax firmware
Tags: hari rayakecewaopen houserumah
ShareTweetSend

Related Posts

Nasken Coffee
Berita

Kenali Nasken Coffee, Raja Kopi Viral Di Kelantan Yang Telah Miliki 25 Cawangan

Mei 28, 2023
711
Selamba Makan Nasi Dengan Lauk-Pauk Dalam Van, Gelagat Keluarga Sporting Ni Buat Warganet Terhibur
Berita

Selamba Makan Nasi Dengan Lauk-Pauk Dalam Van, Gelagat Keluarga Sporting Ni Buat Warganet Terhibur

Mei 28, 2023
28
Kieda menangis
Berita

Kieda Menangis Kesal Orang Ramai Hanya Mahu Beli Kieda Crepe, Makanan Vendor Ada Yang Tak Terjual Ketika Tour Shah Alam

Mei 28, 2023
257
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist