Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Kopi Kenangan Bukan Sahaja Dilabur Oleh Rapper Amerika Namun Juga Turut Tersenarai Di Nasdaq

Kopi Kenangan Bukan Sahaja Dilabur Oleh Rapper Amerika Namun Juga Turut Tersenarai Di Nasdaq

Kategori: ,
kopi kenangan raih perhatian jay z dan nasdaq

Sungguh luar biasa apabila mengetahui bahawa Kopi Kenangan, rangkaian kedai kopi Indonesia yang kedengaran biasa sahaja namun mampu tersenarai di Nasdaq. Bagi yang belum mengetahui apa itu Nasdaq ini, ia sebenarnya sebuah syarikat saham Amerika Syarikat. Nasdaq merupakan pasaran perdagangan sekuriti ekuiti berskrin elektronik terbesar di AS.

Syarikat ini juga merupakan antara syarikat yang mempunyai jumlah dagangan yang terbanyak di dunia. Jadi sebagai penduduk di Asia Tenggara ini, sangat bangga apabila Kopi Kenangan iaitu sebuah kedai kopi yang tampak biasa berjaya muncul sebagai F&B unicorn pertama Asia Tenggara tersenarai di Nasdaq.

Kedai kopi ini ditubuhkan oleh tiga anak muda iaitu Edaward Tirnata, Cynthia Chaerunnisa dan James Prananton Jin pada tahun 2017. Mereka menubuhkan Kopi Kenangan ini apabila mereka melihat rakyat Indonesia tidak mampu untuk menikmati kopi premium seperti orang-orang kaya.

Bermula dengan modal sebanyak RM54320.50, dalam tempoh tiga bulan sahaja mereka berjaya mendapat kembali pulangan modal tersebut. Sejak dari itu lah mereka tetap maju ke depan sehingga kini mereka berjaya membuka 2000 cawangan. Bahkan Malaysia dan Singapura juga sudah diwujudkan restoran atau cawangan Kopi Kenangan ini.

Kopi Kenangan raih minat Jay-Z dan Serena Williams

Bukan sahaja berjaya tersenarai di Nasdaq, Kopi Kenangan sebelum ini juga telah meraih minat Jay-Z dan pemain tenis dunia iaitu Serena Williams untuk melabur. Berjaya menawarkan lebih 3 juta gelas kopi setiap bulan. Pasti suatu hari nanti Kopi Kenangan bakal tampil sebagai salah satu jenama kopi yang popular di dunia.

Sekitar 12 bulan terakhir ini, perniagaan kopi ini sudah pun berjaya menjual lebih 40 cawan kopi. Malah dijangka akan terus menawarkan sekitar 5.5 juta cawan kopi setiap bulan sepanjang suku pertama tahun ini. Apa pun tahniah kami ucapkan kepada pihak Kopi Kenangan di atas kejayaan yang berjaya dicapai.

Bukan mudah sebenarnya untuk tersenarai di Nasdaq serta meraih perhatian selebriti popular dunia, namun Kopi kenangan mampu lakukannya. Semoga terus maju dengan jayanya!

Baca juga: Syarikat Grab Berjaya Tersenarai Di Nasdaq, Bermula Di Segambut Kini Di New York!

tags: | |