Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Sejarah Menakjubkan! Bagaimana Kopi Menjadi Penyebab Revolusi Dunia

Sejarah Menakjubkan! Bagaimana Kopi Menjadi Penyebab Revolusi Dunia

Kategori: ,
Kopi Menjadi Penyebab Revolusi Dunia

Kopi adalah salah satu minuman yang berkembang maju di Malaysia pada saat ini. Sesetengah orang bukan sahaja menjadi peminum tegar kopi, tetapi mereka mempunyai satu perasaan luar biasa ketika menghirup cangkir-cangkir kopi.

Perasaan itu seperti satu kecintaan yang tidak dapat diluah oleh kata-kata. Ia bukan sekadar menikmati kopi sebagai satu jenis minuman. Tengoklah, dalam sejarah dunia pun, kopi adalah salah satu minuman yang menjadi satu sisi politik dan revolusi untuk perubahan sosial.

Bagi pencinta kopi sedalam ini, mesti anda ingin tahu sejarah revolusinya bukan? Jom baca sejarah menarik ini!

Sejarah Menakjubkan! Bagaimana Kopi Menjadi Penyebab Revolusi Dunia

Kopi Menjadi Penyebab Revolusi Dunia

Kopi dan negara Perancis tidak dapat dipisahkan. Semuanya diawali dengan seorang Italia, Francesco Procopio De Coltelli yang ingin membuat perniagaan di Paris. Ia membangunkan sebuah restoran bernama Le Proco, pada tahun 1686.

Restoran inilah yang kemudian memperkenalkan kopi sebagai pilihan minuman bagi kaum borjuis di Paris. Kopi membuat orang Perancis terkejut setengah mati, kerana kesannya yang membingungkan.

Bukannya tenggelam dalam kemabukan, mereka malah tenggelam dalam perbincangan yang semakin hari semakin serius. Kafe yang menyediakan kopi sebagai pilihan minuman pun membangun di Paris. Beberapa kafe menjadi pilihan pelajar dan juga pedagang.

Kafein dalam kopi bertentangan dengan alkohol dari perahan anggur yang biasa mereka minum. Orang Perancis pada abad 17-18 di era Louis biasa meminumnya sehingga 7-8 liter anggur per hari. Ini setara dengan 1.5 liter alkohol setiap hari.

Selepas itu, mereka bekerja 14-15 jam sehari. Semua demi menghindari hari yang lelah selepas bekerja. Ketika kopi datang, mereka merasakan kesannya secara langsung. Tubuh yang lesu menjadi sihat, bahkan fikiran mereka sentiasa cerah.

Tetapi, mereka tidak mampu untuk tidur lena seperti meminum arak. Kesedaran itu menyebabkan kopi menjadi penyebab revolusi dunia.

Kopi Menjadi Penyebab Revolusi Dunia

Pada perawalannya, kopi diminum bukan hanya ketika balik kerja, tetapi ia menjadi minuman energi sebelum memulai kerja. Rutin ini terus terjadi dan mengakar. Dalam waktu singkat, kafe-kafe mulai tumbuh dan menghasilkan trend kehidupan kafe yang hiruk pikuk dengan perbincangan.

Perbincangan menjadi semakin serius. Keluh kesah yang dialami diri sendiri menjadi keluh kesah kolektif dan bersama. Salah satu daripada mereka adalah kelompok Jacobin yang menjadi episentrum gerakan revolusi Perancis.

Disebabkan itu, revolusi Perancis menggoncang hebat kerana adanya perbincangan secara bersama di kafe-kafe kopi. Bangasawan Perancis diburu dan dipenggal di Kota Paris. Revolusi Perancis menggonccang kolonial Eropah, terutama di Inggeris.

Seketika, kopi menjadi ramuan menakutkan bagi kaum penguasa. Inggeris pun pernah menghentikan perdagangan kopi dari luar Inggeris dan menggantikan dengan teh. Sejak saat inilah, kebiasaan meminum teh tersebar lluah di Inggeris.

Kopi Menakutkan Pengusa Dahulu

Kopi Menjadi Penyebab Revolusi Dunia

Dengan sejarah kopi menjadi penyebab revolusi dunia ini, ia tidak berkahir begitu sahaja. Sejarahnya berbagi dengan sejarah pergerakan sosial dan gejolak politik di belahan dunia.

Kopi dan kandungan kafeinnya yang luar biasa mengaktifkan akal yang tidur dan melahirkan benih-benih pencerahan.

Dunia jatuh dan bangun melalui kewujudan sekecil-kecil kopi. Menakjubkan bukan?

Sumber: Rolip Saptamanji

Baca juga: Membimbangkan! Satu Fakta Krisis Kelaparan Yang Masyarakat Dunia Perlu Tahu

tags: | |