Soal citarasa ini, semua orang berbeza-beza. Kalau sama, tentulah bosan. Sebab itulah terdapat aneka hidangan dari pelbagai jenis budaya dan masyarakat untuk dicuba.
Bab nasi pun ada yang berbeza pendapat. Tapi selalunya orang Malaysia gemar menikmati nasi yang sedikit keras dan kering. Oleh itu, untuk menarik pelanggan, peniaga perlulah menyediakannya mengikut citarasa mereka. Kalau tersalah, sudah tentu pelanggan akan berasa tidak berpuas hati.
Terbaharu, seorang lelaki, apiz_balboa telah memuat naik sebuah video di media sosial untuk berkongsi rasa tidak puas hati dengan hidangan yang dibeli dari restoran makanan segera terkenal, KFC.
Membeli set nasi lemak untuk dimakan kemudian, lelaki itu membawanya pulang untuk dimakan. Namun ketika membuka bungkusan itu, lelaki itu terkilan melihat nasi yang disediakan.
Menyentuhnya, tekstur yang lembik dan lerai di jari membuat lelaki itu berasa ia sama dengan bubur nasi. Hal itu juga buat dirinya berasa sedikit kecewa dan tidak berpuas hati dengan pihak KFC kerana menyediakan nasi yang tidak menepati seleranya.
@apiz_balboa Nasi lemak ke bubur ni hanat? #kfc #kfcsenawang
@apiz_balboa Nasi lemak ke bubur ni hanat? #kfc #kfcsenawang ♬ original sound – ipannnn
Namun di ruangan komen, lain pula pendapat orang ramai. Rata-rata tidak bersetuju dengan lelaki itu. Menurut mereka, tekstur nasi yang sedikit lembik itu menjadi kesukaan mereka. Rasanya pun sedap!
Pengguna axd berkata; “Tapi aku suka nasi camtu. Best doo! Rasa sedap je, hari tu aku dapat nasi camtu jugak. Best gila dapat nasi camtu. Nikmat layan!”.
Alahai, biasalah tu. Setiap orang mempunyai selera masing-masing. Ada yang suka nasi yang sedikit keras, ada juga yang suka nasi yang lembik sebegitu. Tak perlu gaduh-gaduh mengenai perkara sebegitu. Yang penting rasanya tetap sedap dan kenyang perut bila dimakan.
Kredit: apiz_balboa
Baca Juga: Nak Buat Air Terus Tak Jadi, Peniaga Ini Cuak Gara-Gara Dirakam Pelanggan Demi Content TikTok