Tomyam merupakan hidangan dari negara Thailand yang sudah menjadi kegemaran ramai. Dihidangkan hampir di semua restoran di Malaysia, kuahnya yang mempunyai rasa pedas, masin, masam dan manis itu enak juga dijadikan kuah steamboat. Oleh itu jika anda sering mengunjungi restoran steamboat, selalunya kuah yang dihidangkan pada pelanggan adalah kuah Tomyam.
Namun begitu, ada segelintir Tomyam yang dimasak tidak sedap. Mungkin tidak tahu caranya atau tukang masak tidak mempunyai bahan-bahan tambahan untuk menyedapkan, tomyam yang tawar akan mengecewakan pelanggan. Hal sebegitu telah terjadi pada seorang wanita baru-baru ini.
Mengunjungi sebuah restoran steamboat berdekatan, seorang wanita bersama kenalannya ingin ke sana untuk menikmati pelbagai makanan sambil berbual-bual. Namun apabila kuah tomyam mereka tiba, wanita tersebut kecewa apabila ia tidak menepati dengan citarasanya.
Tak kena dengan selera namun malas untuk bergaduh dengan peniaga, wanita itu tiba-tiba sahaja mempunyai alternatif lain supaya kuah tersebut enak untuk dinikmati. Mencapai bahan rahsia di dalam begnya, wanita itu mengeluarkan satu paket pes Tomyam dari jenama Adabi untuk menyedapkan kuah itu.
Dengan adanya penambah rasa itu, tentunya kuah tomyam itu mempunyai rasa yang lebih sedap.
@syannn7 Sape geng kite 😂😂😂😂 #fypシ #fypage ♬ Rat x I LOVE U – akesha trab
Menjengah di ruangan komen video yang telah dikongsikan di laman TikTok itu, ramai yang bersetuju dengan tindakan wanita itu. Malah jika mereka berada di tempatnya, sudah tentu mereka akan melakukan perkara yang sama.
Kalau kedai masak tak sedap, buat apa gaduh? Kita selesai cara ini pula. Tapi di sudut yang lebih serius, jika anda tidak berpuas hati dengan hidangan yang dipesan, cuba kemukan hal itu pada peniaga supaya mereka juga dapat menambah baik perniagaan mereka juga.
Kredit: TikTok syann7
Baca Juga: Nasi Lemak Malaysia Hanya Raih 3.9 Bintang, Ramai Luah Rasa Tak Puas Hati