Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » “Muka Tak Sabar!” – Ajar Kucing Perliharaan Makan Durian, Wanita Ini Kesal Akhirnya Sebab..

“Muka Tak Sabar!” – Ajar Kucing Perliharaan Makan Durian, Wanita Ini Kesal Akhirnya Sebab..

Kategori:
Kucing Perliharaan Makan Durian

Durian diberi gelaran sebagai Raja segala buah-buahan kerana rupa dan baunya yang sangat kuat. Digemari ramai, buah ini selalunya sering dinikmati pada musim-musimnya.

Terdapat pelbagai jenis durian yang boleh dinikmati dan tentu selepas membelinya, kita akan berasa teruja untuk menikmatinya bersama keluarga di rumah. Tapi belum lagi membukanya, pasti akan ada yang sudah menunggu di dapur dan menggesakan kita untuk menghidangkannya.

“Muka Tak Sabar!” – Ajar Kucing Perliharaan Makan Durian, Wanita Ini Kesal Akhirnya Sebab..

Terbaharu, seorang wanita rossenaunai telah memuat naik sebuah video di laman media sosial TikTok untuk berkongsi gelagat lucu seekor kucing perliharaannya.

Membeli beberapa biji buah durian dan membawanya pulang untuk dinikmati bersama keluarga, wanita itu baru sahaja meletakkannya di atas meja makan tapi terkejut bila kucingnya tiba-tiba naik dan tunggu di hadapannya. Kucing Perliharaan Makan Durian

Tahu ia mahu durian dibuka, dia berasa menyesal kerana pernah mengajar kucing tersebut untuk makan durian. Kini setiap kali dia membawa buah itu pulang, tentu haiwan perliharaannya akan tunggu dan meminta. Kucing Perliharaan Makan Durian

Walaupun geram dengan telatah kucingnya, akhirnya dia akur dan memberinya sebiji isi durian untuk dimakan.

@rossenaunai #fypシ゚viral #kucingtiktok #kucingkunakal😻fyppppp ♬ Ngakak Muka Manyun (Voice Mix) – shaniamelia

Meninjau di ruangan komen, orang ramai turut terhibur melihat gelagat kucing tersebut. Malah, pemilik kucing yang lain turut mengalami perkara yang sama. Maklumlah kucing ni memang sukakan buah durian!

“Kucing aku pun hantu durian, menyesal ajar!”, luah seorang pengguna.

Ramai Turut Kena Perkara Sama, Bawa Durian Terus Ada Yang Meminta Kucing Perliharaan Makan Durian

Memang pening kepala apabila ada haiwan perliharaan macam ni. Belum lagi kita dapat makan bahagian kita, terus ia datang minta. Tapi tak apalah, apa pun untuk si bulus. Jangan minta durian mahal-mahal sudah!

Kredit: rossenaunai

Baca Juga: Lihat Remaja Hanya Mampu Bau Mamee Kerana Lapar, Wanita Ini Simpati & Hulur Wang

tags: | |