Kami kongsikan kepada anda resepi kuey teow goreng mudah. Senang, cepat, mudah dan semestinya sedap sebab anda sendiri yang memasaknya. Cubalah resepi di bawah ini!

Bahan-Bahan:-

  • Kerang
  • Kuey teow
  • 4 ulas Bawang putih dipotong halus
  • 1 sudu Kicap pekat
  • 1 sudu Pes cili
  • 1 sudu Sos tiram
  • 1 sudu Kicap manis
  • Taugeh
  • Daun kucai
  • 1 biji Telur
  • Minyak masak

Cara Memasak:-

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih.
  2. Masukkan pes cili dan kacau seketika.
  3. Kemudian, masukkan kicap manis, kicap pekat dan juga sos tiram dan kacau rata.
  4. Masukkan kerang dan kacau lagi selepas itu, masukkan kuey teow dan kacau.
  5. Kemudian masukkan taugeh dan daun kucai.
  6. Masukkan telur dan kacau lagi dan siap untuk dihidang.

Selamat mencuba!

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 15 times!)