Suka makan kuih tiram? Sebelum ni asyik beli je kan, kali ni apa kata jom cuba buat sendiri kat rumah. Mudah je hanya perlu guna 5 bahan sahaja nak buat kuih tiram rangup.
Cara Buat Kuih Tiram Rangup Guna 5 Bahan
Bahan-bahan:
- 600g tepung gandum
- Marjerin 80g
- 1 biji telur
- 205g air + garam 1 sudu kecil (bancuh)
Cara-cara:
- Gaulkan semua bahan dan uli.
- Bila dah uli, kepal-kepalkan menjadi 9 biji sama besar. Perap selama 2 jam.
- Lepas tu boleh la gelek, lapik plastik. Kena gelek senipis-nipisnya.
- Dah siap gelek, boleh sapukan gamnya (tepung beras + minyak).
- Kemudian gulung-gulung kemas dan potong kecil-kecil.
- Kemudian gelek sikit lagi.
- Goreng sehingga garing.
- Selamat mencuba!
Kredit: Liza Liza