Manusia diciptakan untuk memiliki sifat dan perwatakan yang berbeza-beza. Malah citarasa dan selera setiap insan juga begitu, itulah menjadikan setiap individu unik.
Oleh itu, meskipun kita sudah mencuba sedaya upaya untuk memasak sesedap mungkin, akan ada segelintir orang yang tidak akan menyukainya. Hal ini sudah menjadi perkara biasa dan hakikatnya kita tidak akan mampu memuaskan selera semua orang.
Tapi ada juga individu yang degil, selagi makanan itu tak kena dengan selera tekak, macam-macam yang ditambah supaya akhirnya kena. Hal sebegitu dipaparkan oleh seorang lelaki di sebuah kedai makan.
Mengunjungi sebuah kedai makan untuk makan bersama encik suami, cikflower83 telah memesan beberapa hidangan masakan panas. Antaranya merupakan seekor ikan siakap masak stim.
Menu yang dipesan kelihatan sangat menyelerakan dan wanita itu juga sangat teruja untuk menikmatinya tapi suaminya mempunyai perancangan yang lain pula.
Merupakan seorang penggemar petai, suaminya melihat hidangan ikan siakap stim yang dipesan kelihatan kurang menyelerakan. Untuk menyedapkan dan lebih kena dengan citarasanya, dia terus mencapai sesuatu di bawah meja.
Selesai dikupas, suaminya dengan selamba menambahkan beberapa biji petai pada ikan siakap stim tersebut. Lebih sedap dengan cara begini, barulah dia lebih berselera untuk makan. Melihat telatah suaminya, wanita itu sampai tergelak.
https://www.tiktok.com/@cikflower83/video/7126446084225912090
@cikflower83 letihlah klu hari2 mcmni,🤣😂#fypシ゚viral #masukberanda #fypdongggggggg ♬ original sound – 土山廿戈中水尸
Mengintai di ruangan komen, orang ramai turut terhibur melihat gelagat suami wanita itu. Malah, pelbagai komen-komen lucu yang telah ditinggalkan. Tambah seorang pengguna RedButterfly1331 yang mempunyai kerenah sama dengan suami wanita tersebut, dia turut pernah makan sushi membawa beberapa cili potong kerana terlalu gemarkan makanan pedas.
Korang pernah kenal dengan orang macam ni? Makan apa pun memang kena ada petai, bila kena dengan citarasa barulah lebih berselera untuk makan. Tapi hati-hati, jangan sampai tuan kedai ketahuan pula, takut nanti timbul pula idea untuk cipta hidangan ikan siakap stim petai.
Kredit: cikflower83