Lada benggala atau lebih dikenali lagi dengan nama lada capsicum sering digunakan dalam pelbagai masakan, terutamanya salad atau masakan Thai.
Ia boleh didapati di mana-mana pasaraya namun orang ramai selalu keliru bila ada tiga warna berbeza iaitu merah, hijau dan kuning.
Nak tahu apa bezanya? Baca sahaja info yang telah dikongsikan oleh cik azreen.aziz di bawah!
Lada capsicum ini mempunyai rasa yang kurang pedas jika dibandingkan dengan lada-lada yang lain. Tiap warna juga mempunyai rasa yang berbeza. Menurutnya:
Lada yang berwarna hijau mempunyai rasa yang sedikit pahit tapi sangat rangup kerana kurang matang. Tambahan pula, ia kurang vitamin A, C dan B6 jika nak dibandingkan dengan yang lain.
Warna ini juga sesuai untuk digunakan untuk salad, sandwich, spaghetti, nasi goreng dan lain-lain.
Bagi lada kuning pula, ia mempunyai rasa yang kurang pahit jika nak dibandingkan dengan yang hijau dan kandungan vitaminnya juga tinggi.
Ia dipetik ketika lada sedang matang dan tentunya mempunyai rasa yang begitu manis.
Untuk warna ini pula, ia sesuai digunakan dalam semua jenis masakan.
Kerana lada ini sudah masak ranum, ia akan cepat rosak jadi sebaiknya digunakan secepat mungkin. Mempunyai rasa yang manis, warna ini menjadi pilihan ramai.
Merah ini sesuai digunakan dalam salad dan dibakar untuk sebarang barbeku. Selain itu, ia juga boleh dimakan dengan begitu sahaja.
Untuk penjelasan secara lebih lanjut, tonton video di bawah.
@azreen.aziz Korang tahu tak, capsicum ni lain warna lain rasa? Perbezaan tu tak lah ketara tapi still berbeza. Mula2 berbuah warna hilau, then dia akan turn jadi kuning/ jingga..barulah jadi merah ranum cantik. Korang suka makan warna apa? Btw, capsicum ni sayur atau buah? 🫑 Thank you @Mira utk simple menu guna capsicum, cream cheese dan peperoni🫰🏻 #myfoodiesharing #makananviral #tiktokchef #tiktokguru #learnontiktok #tipsmasak #tipsbuatkamu #tipsandtricks #kakreengebus #surirumahgojes #capsicum
@azreen.aziz Korang tahu tak, capsicum ni lain warna lain rasa? Perbezaan tu tak lah ketara tapi still berbeza. Mula2 berbuah warna hilau, then dia akan turn jadi kuning/ jingga..barulah jadi merah ranum cantik. Korang suka makan warna apa? Btw, capsicum ni sayur atau buah? 🫑 Thank you @Mira utk simple menu guna capsicum, cream cheese dan peperoni🫰🏻 #myfoodiesharing #makananviral #tiktokchef #tiktokguru #learnontiktok #tipsmasak #tipsbuatkamu #tipsandtricks #kakreengebus #surirumahgojes #capsicum ♬ suara asli – liiᥫ᭡
Sekarang kita dah tahu beza tiap warna lada capsicum yang ada, kan? Nanti tak ada pula keliru dan pening memikirkannya.
Semoga info ini dapat membantu anda.
Kredit: azreen.aziz
Baca Juga: Nasi Ambeng Makanan Warisan Negeri Selangor, Kini Diisytihar & Diwartakan Oleh Negeri Itu