Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Nak Buat Lasagna? Wanita Ini Kongsi Cara Mudah Untuk Menyediakannya, Boleh Guna Angel Hair Pasta

Nak Buat Lasagna? Wanita Ini Kongsi Cara Mudah Untuk Menyediakannya, Boleh Guna Angel Hair Pasta

Kategori: ,
lasagna

Lasagna merupakan hidangan barat yang begitu digemari ramai tapi untuk menyediakannya bukan lah sesuatu yang mudah. Ini kerana ia memerlukan dua jenis sos dan pasta yang digunakan juga sukar ditemui.

Tapi kalau teringin, tak perlu risau. Cuba resepi lasagna mudah ini yang telah dikongsikan oleh Siti Hazneza Abdul Hamid di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) yang menggantikan kepingan pasta dengan angel hair.

Nak Buat Lasagna? Wanita Ini Kongsi Cara Mudah Untuk Menyediakannya, Boleh Guna Spaghetti Angel Hair

Bahan-bahan

  • Angel hair atau spaghetti
  • Garam
  • Minyak zaitun
  • Air
  • Keju parmesan mencukupi

Bahan sos

  • 2 sudu makan marjerin atau mentega
  • 1 helai daun bey
  • 200 g daging kisar
  • 1 tin (450 g) cendawan butang – dihiris
  • 1 biji lobak merah – didadu kecil
  • 1/2 biji bawang Holland (kuning) – didadu kecil
  • 1 biji sederhana bawang Bombay (ungu) – didadu halus
  • 2 batang saderi (celery) – didadu kecil
  • 1/2 biji cili benggala hijau (capsicum/ bell pepper) – didadu kecil
  • 1/2 biji cili benggala kuning – didadu kecil
  • 1 biji tomato – didadu kecil
  • 1 sudu makan daun selasih (basil) kering
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam/ secukup rasa
  • 4 sudu teh atau 2 ketul kiub stok ayam atau secukup rasa
  • 1 sudu teh serbuk cili (jika mahu)
  • 1 tin (450 g) tomato puree
  • 3 cawan air

Cara-caranya

  1. Rebuskan air, minyak zaitun dan garam dalam periuk. Masak angel hair atau spaghetti mengikut arahan pada paket.
  2. Panaskan marjerin atau mentega. Tumis daun bay, daging dan cendawan sehingga daging masak dan cendawan meletit (popping).
  3. Masukkan lobak merah, bawang dan saderi. Masak sehingga lobak merah empuk sedikit.
  4. Masukkan cili benggala dan tomato. Masukkan selasih, lada hitam, serbuk cili dan stok ayam. Kacau rata
  5. Masukkan tomato puree dan air. Renihkan sekejap sahaja
  6. Biar sos cair kerana pasta akan serap kemudian. lasagna
  7. Dalam loyang, letakkan satu layer angel hair atau spaghetti, kemudian letakkan sos yang disediakan tadi. Ulang proses ini sehingga layer paling atas hanya tinggal sos.
  8. Hiaskan dengan keju parmesan dan bakar dalam oven mengikut tetapan oven masing-masing.
  9. Keluarkan dan sedia untuk dinikmati. lasagna

lasagna

Siap sudah lasagna ini, boleh lah menikmati semasa ianya masih lagi panas. Memang sedap!

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.

Kredit: Siti Hazneza Abdul Hamid

Baca Juga: Wanita Ini Kongsi Resepi Epal Pai Dari Ibunya, 40 Tahun Pun Kekal Sama. Mudah Sahaja Rupanya!

tags: | |