Kenaikkan harga barangan mentah bukan sahaja menyusahkan pengguna, malah para peniaga yang berasa tersempit dan tidak mampu meraih untung yang begitu memberangsangkan.
Demi menampung pelbagai kos dan meneruskan perniagaan, segelintir peniaga terpaksa akur dan menaikkan harga barangan. Ada juga yang terpaksa beralih dan menggunakan bahan-bahan murah yang akhirnya menjejaskan kualiti makanan yang dijual.
Terbaharu, seorang pengguna, mart666660, telah memuat naik sebuah video untuk berkongsi pengalaman mengecewakan yang telah menimpa ke atas dirinya. Gara-gara kelaparan, dia telah membeli nasi putih bersama lauk sotong goreng dan sambal belacan tapi tak sangka lain pula jadinya.
Dibeli dengan harga RM15, lelaki itu bagaimanapun kecewa setelah mencuba makanan yang dibeli itu. Menurutnya, dia tidak kisah jika perlu membayar harga yang mahal tapi jika tawar, ia bukan sahaja mengecewakan tapi juga rugi kerana telah membayar harga yang mahal.
https://www.tiktok.com/@mart666660/video/7116768228818324762
@mart666660 apoo tak worth it langsung, RM15 kalau rasa sedap tkpe ni rasa kosong gila adeh #mathaf #setiaalam ♬ original sound – Diamond
Menjengah di ruangan komen, orang ramai berpendapat bahawa mungkin sotong goreng yang dibeli mempunyai rasa kurang enak kerana peniaga telah menggunakan sotong frozen.
Ini kerana tekstur sotong itu yang kenyal menyebabkan ia sukar menyerap perasa dan hanya sesuai digunakan untuk dimasak cara celup tepung.
Meskipun harga barangan mentah semakin meningkat, namun peniaga seharusnya perlu memastikan setiap bahan-bahan yang digunakan dalam masakan adalah adalah berkualiti.
Tak salah pun jika ingin berjimat tapi janganlah sehingga kita menjual makanan yang sebegini kerana ia juga akan menjejaskan perniagaan pada masa akan datang.
Kredit: mart666660
Baca Juga: Akibat Curi 2 Peket Milo, Seorang Suri Rumah Dijatuhkan Hukuman Penjara 14 Bulan Oleh Mahkamah