Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Layan Kawan Baru Dengan Mesra & Baik, Orang Ramai Terharu Melihat Persahabatan Itu

Layan Kawan Baru Dengan Mesra & Baik, Orang Ramai Terharu Melihat Persahabatan Itu

Kategori:
KAWAN BARU

Apabila sudah berpindah ke sesuatu tempat yang baru, semestinya seseorang itu akan mengambil masa untuk menyesuaikan diri. Lebih-lebih lagi jika tidak berapa mengenali budaya dan adat, proses menyesuaikan diri akan menjadi sukar. Bagaimanapun, perkara itu dapat diatasi dengan beberapa bantuan orang sekeliling.

Bagaimanapun, sebagai orang baharu, mesti kita akan berasa kekok untuk mendekati mereka. Jika disambut dan dilayan elok, mesti kita akan berasa lebih senang. Sambil mengenali komuniti baru, boleh juga menambah kawan baru. Siapa sahaja tak suka, kan?

Layanlah Kawan Baru Dengan Elok

Di laman TikTok, seorang pengguna, hanipchannel, memuat naik sebuah video pendek yang memaparkan gelagatnya dan beberapa orang sahabat bersama kawan baru mereka dari Sarawak.

Mempunyai kawan baru dari Sarawak dari keturunan Dayak dan agama Kristian, mereka menyambut kedatangannya dengan baik. Jelas kawan barunya itu tidak biasa dengan budaya di Semenanjung, lalu mereka membantunya menyesuaikan diri.

Ingin mengajaknya ke sebuah restoran mamak sambil meraikan hari jadinya sekali, mereka juga ingin bantu kawannya untuk menyesuaikan diri. Tak cukup dengan itu, mereka juga mengajarnya cara memesan pesanan menggunakan bahasa orang Utara. Comelnya!

Selesai dengan itu, sekumpulan lelaki itu menunaikan solat dulu sebelum bergerak untuk mengambil kawan baru mereka di sebuah kuater polis memandangkan dia tinggal di situ. Setelah tiba di sebuah kedai mamak, kawan baru mereka dari Sarawak jelas rambang mata dengan aneka lauk di sana, malu, mereka bantu dan memesan hidangan yang sama.

Bagaimanapun, mereka mula keliru setelah mendapati kawan baru mereka belum lagi menjamah makanannya. Ditanya, rupa-rupanya dia tidak tahu bagaimana untuk menggunakan tangan ketika makan! Perlahan, mereka bantu dan mengajarnya. Sambil makan nasi kandar itu, sempat lagi dia memesan enam gelas air bersama.

Alangkah terhiburnya mereka pada keesokan harinya bila mendapati kawan baru mereka mengalami sakit perut sebab tidak biasa makan dengan kuah campur. Kawannya jelas makin selesa dan gembira kerana telah bertemu dengan mereka. Jelas layanan baik mereka akan membantunya menyesuaikan diri dengan budaya dan komuniti baharu ini.

@hanipchannelKita baik ramai orang sayang🤍🕊 ##bukanmaen ##kawanbaru♬ bunyi asal – Hanipp

Suka Persahabatan Macam Ini

Menjengah di ruangan komen, warganet jelas berasa terharu melihat video itu. Meluahkan rasa ‘cemburu’ melihat persahabatan mereka, mereka turut mengharapkan agar ikatan persahabatan itu dijaga dengan elok. KAWAN BARU

Melihat layanan mereka, sesiapa sahaja akan tersenyum dan berasa gembira. Perkara sebegini boleh menjadi contoh pada orang lain agar menyambut kawan baru dengan mesra, tidak mengira bangsa atau agama.

Semoga ikatan persahabatan mereka berkekalan. Kawan elok-elok tau!

Kredit: TikTok hanipchannel

Baca Juga: “Nak Update Dekat Bini Tu!” Warganet Terhibur Melihat Gelagat Sahabat Ini Di Kedai Makan

 

tags: | |