Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Tempat Makan » Lebih 200 Pilihan Masakan Persis Di Thailand Untuk Dipilih Di Suwarin Jinda Cafe, Ramai Sanggup Beratur Panjang Untuk Cuba!

Lebih 200 Pilihan Masakan Persis Di Thailand Untuk Dipilih Di Suwarin Jinda Cafe, Ramai Sanggup Beratur Panjang Untuk Cuba!

Kategori: ,
200 Pilihan Masakan Persis Di Thailand Untuk Dipilih Di Suwarin Jinda Cafe

Restoran Suwarin Jinda Cafe yang terletak di Kampung Buluh, Kota Bharu, Kelantan sudah tidak asing di kalangan pencinta makanan.

Ibarat syurga makanan Thai, restoran ini asyik viral di media sosial semenjak ia telah mendapat ulasan yang baik oleh influencer dan food blogger tersohor, Khairul Aming.

Kini, Suwarin Jinda Cafe asyik mendapat begitu hebat sambutan dan orang ramai sanggup beratur dan menunggu sebelum kedai itu dibuka lagi semata-mata untuk mencuba pelbagai masakan Thailand di situ.

Lebih 200 Pilihan Masakan Persis Di Thailand Untuk Dipilih Di Suwarin Jinda Cafe!

Untuk pengetahuan anda semua, apa yang menjadikan restoran Suwarin Jinda Cafe ini unik dan lain dari yang lain adalah pelbagai pilihan makanan persis di Thailand yang ada di situ.

200 Pilihan Masakan Persis Di Thailand Untuk Dipilih Di Suwarin Jinda Cafe

Anda juga tak perlu bersusah payah untuk ke negara Thailand untuk cuba masakan Thai, kunjungi sahaja Suwarin Jinda Cafe yang menyajikan rasa yang sama dengan masakan di sana.

Dengan lebih dari 200 pilihan hidangan yang begitu sama dengan Thailand seperti Miang Pla Talapia, Daging Harimau Menangis, Pad Thai, Kerabu Salmon dan banyak lagi, tak hairan mengapa restoran itu tidak pernah putus mendapat perhatian ramai!

(Antara menu menarik di Suwarin Jinda Cafe)

Selain dari makanan yang dijamin sedap, perkhidmatan di restoran ini cukup baik dan pelanggan tidak perlu menunggu terlalu lama walaupun restoran sibuk.

Jika anda berminat untuk rasai sendiri masakan di Suwarin Jinda Cafe, boleh rujuk pada maklumat di bawah.

Alamat: Lot 553, Jalan Kuala Besar, Kg Buluh, 15300 Kota Bharu, Kelantan.

Hari operasi: Buka setiap Khamis hingga Isnin

Waktu operasi: 3.30 petang sehingga 11.30 malam

Nak tahu pendapat orang ramai yang pernah ke restoran tersebut? Di sini kami kumpulkan ulasan terkini dari beberapa orang pelanggan.

Ulasan Orang Ramai Setelah Cuba Makanan Di Suwarin Jinda Cafe

Menurut seorang pelanggan Syikin Mokkin yang sebelum ini tertekan gara-gara terlalu ramai pelanggan di sana, dia kali ini mencuba nasib dan pergi makan ke Suwarin Jinda Cafe.

Setelah dicuba, tak hairan mengapa ramai yang ke sana. Makanan memang sedap dooh!

Memang Patut Pelanggan Tak Pernah Putus, Makanan Memang Sedap!

200 Pilihan Masakan Persis Di Thailand Untuk Dipilih Di Suwarin Jinda Cafe 200 Pilihan Masakan Persis Di Thailand Untuk Dipilih Di Suwarin Jinda Cafe

200 Pilihan Masakan Persis Di Thailand Untuk Dipilih Di Suwarin Jinda Cafe

Manakala ulasan yang lebih lanjut telah ditulis oleh Nurru Adira Khairy menerusi satu posting di laman Facebook.

Pendek kata semuanya di restoran Suwarin Jinda Cafe sempurna dari segi makanan, perkhidmatan dan operasi.

Kalau nak baca review sepenuhnya darinya, klik di sini.

Segalanya Tip Top Di Suwarin Jinda Cafe

Memang Patut Pelanggan Tak Pernah Putus, Makanan Memang Sedap! Memang Patut Pelanggan Tak Pernah Putus, Makanan Memang Sedap!

Memang Patut Pelanggan Tak Pernah Putus, Makanan Memang Sedap!

Jadi tunggu apa lagi? Kalau berada di Kota Bharu, Kelantan, restoran Suwarin Jinda Cafe ini menjadi tempat makan yang anda wajib kunjungi sekarang!

Kredit: Suwarin Jinda Cafe

Baca Juga: Teringin Nak Nikmati Hidangan Thai Dengan Rasa Asli? Jom Ke Suwarin Jinda, Colek dan Set Bakar Suwarin Buat Ramai Terliur!

 

tags: | | |