Belut merupakan sejenis ikan yang begitu unik. Tak sama dengan yang lain, rupanya sangat menyeramkan bagi segelintir orang kerana begitu mirip dengan seekor ular. Meskipun mempunyai begitu banyak khasiat pada kesihatan, ramai yang mengelakkan diri dari memakannya.
Bila dimasak, selalunya tukang masak akan memotongnya pada beberapa bahagian namun bagi mereka yang tidak biasa dan begitu mengenalinya, belut yang dimasak boleh tertukar dengan seekor ular.
Terkini, seorang lelaki, johnkomeng1078, telah memuat naik sebuah video dan berkongsi penemuan yang begitu jijik buat dirinya. Mengunjungi sebuah kedai makan untuk makan bersama kawan-kawan sambil lepak, dia berasa terkejut apabila melihat makanan yang dipesan kawannya.
Seringkali memesan sup ayam, namun kali ini lain pula selera kawan lelaki itu. Menjenguk, lelaki itu terkejut apabila mendapati kawannya telah memesan dan makan sup ular dengan selamba sahaja.
Tidak geli, setiap cebisan isi dihabiskan sehingga ke tulang dan dia berasa terkilan bagaimana kawannya mampu menghabiskan sup sebegitu rupa tanpa berasa geli tekak.
@johnkomeng1078 #sup #dinner ♬ original sound – shaki
Namun di ruangan komen, ramai yang tampil dan membetulkan kesilapan lelaki itu. Disangka sup ular tapi rupanya sup belut, mereka terkilan bagaimana lelaki itu boleh tertukar memandangkan rata-rata orang sudah kenal dengan ikan tersebut.
Bagaimana la abang ini boleh tertukar sup ular dengan sup belut? Jauh berbeza, takkan la peniaga pun tergamak nak menjualkan sup ular pada pelanggan Muslim.
Walau apapun, jelas video yang telah dikongsikan itu hanyalah guraun semata-mata jadi janganlah kita terlalu mengambil perkara itu secara serius.
Kredit: johnkomeng1078