Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home ยป Berita ยป Balik Dari Pancing, Lelaki Ini Cuak Bila Kena Tahan Pihak Polis Gara-Gara ‘Salah’ Ikan

Balik Dari Pancing, Lelaki Ini Cuak Bila Kena Tahan Pihak Polis Gara-Gara ‘Salah’ Ikan

Kategori: ,
Kena Tahan Pihak Polis

Aktiviti memancing merupakan satu hobi yang digemari ramai, terutamanya di kalangan lelaki. Malah ada yang sanggup pulang lewat malam semata-mata untuk melayan minat itu.

Namun hati-hati dengan hasil pancing kerana ia juga boleh mendatangkan masalah bila bertemu dengan pihak berkuasa.

Balik Dari Pancing, Lelaki Ini Cuak Bila Kena Tahan Pihak Polis Gara-Gara ‘Salah’ Ikan

Seperti kisah yang telah dikongsikan oleh seorang lelaki, retroangler menerusi sebuah video yang telah dimuat naik olehnya di laman TikTok.

Menggemari hobi memancing, lelaki itu sedang dalam perjalanan pulang selepas seharian melakukan aktiviti tersebut. Kena Tahan Pihak Polis

Walaupun begitu, pihak polis sedang melakukan pemeriksaan di atas jalan raya ketika itu dan dia juga antara mereka yang diperiksa.

Pada mulanya pemeriksaan tersebut berjalan dengan lancar, namun dia ditahan gara-gara hasil memancingnya.

Ujar anggota polis tersebut, “Kita nak tahan sebab ikan ini tiada lesen! Tuan dah ada lesen, ikan sahaja!”. Kena Tahan Pihak Polis

Risau, lelaki itu hingga hampir lemah lutut. Bila baru tersedar bahawa penjawat awam itu hanya sekadar bergurau, lelaki itu lega dan menyedari bahawa dia juga merupakan seorang kaki pancing sepertinya.

@retroangler Ketaq lutut kena tahan ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿคฃ #madu3fishingcharter #fishingtiktoks #portklang #selangor #malaysia #fishinglife #malaysiafishing #fishon #malaysiatiktok #pdrm #cuticutimalaysia #tiktokmancing #jommancing #memancingikan #tripmancing #santai #memancing #carilauk #tenangisgood #memancinghobiku #kumpauitupastistrikeiturezeki #abangpolis #polismalaysia โ™ฌ original sound – Retro Angler / Madu 3

Di ruangan komen pula, orang ramai tergelak bila melihat gelagat penjawat awam ‘mengenakan’ lelaki itu.

“Oi, ikan tu tak pakai helmet lah uncle!”, usik juga seorang pengguna. Barangkali sedang mencari ‘kesalahan’ ikan yang ditangkapnya.

Pandai Abang Polis Bergurau, Netizen Turut Terhibur Kena Tahan Pihak Polis

Cemas betul lelaki itu bila ditahan polis, nasib baik tak pengsan. Tak apalah, yang salah adalah ikan itu, bukannya dirinya. Nasib baik lah anggota polis itu tetap sporting dan sekadar mengusik sahaja.

Kredit: retroangler

Baca Juga: Baru Pertama Kali Cuba Roti Canai, Reaksi Adik Comel Ini Lepas Makan Curi Perhatian Ramai

tags: | |