Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Terkejut Dengan Harga Mahal Yang Dikenakan, Lelaki Ini Kecewa Dengan Kedai Mamak

Terkejut Dengan Harga Mahal Yang Dikenakan, Lelaki Ini Kecewa Dengan Kedai Mamak

Kategori:
KECEWA DENGAN KEDAI MAMAK MAHAL

Kedai mamak merupakan tempat yang sesuai untuk lepak bersama kawan-kawan dan menikmati pelbagai hidangan enak seperti nasi kandar, roti canai, tosai dan sebagainya. Namun, akhir-akhir ini, ia sering dilanda pelbagai kontroversi dan orang ramai mula pertikaikan faktor kebersihan dan kualiti makanan yang disediakan.

Meskipun sering dikritik, ia tetap menjadi pilihan rakyat Malaysia kerana harga yang dikenakan adalah lebih murah jika ingin dibandingkan dengan restoran di luar sana. Namun, baru-baru ini orang ramai mula menyedari bahawa harga makanan di segelintir kedai mamak sudah berubah, dah tak seperti dahulu.

Kecewa Dengan Kedai Mamak

Di laman TikTok, seorang pengguna, awsxiang, memuat naik sebuah video dan berkongsi rasa kecewa dengan kedai mamak apabila melihat jumlah yang perlu dibayar setelah menerima resitnya.

Terkejut dengan harga yang perlu dibayar iaitu RM 54.95, lelaki itu terkedu melihat harga setiap makanan, terutamanya hidangan petai udang yang bernilai RM 10 sepinggan. Kecewa dengan kedai mamak, lelaki itu merasakan bahawa ianya tidak lah semurah dahulu.

@awsxiangKedai mamak tak murah lagi ##petaiudang ##mamak ##malaysia ##tiktok ##viral ##fypシ♬ Doa Doa Doa (Remix) – Rina

Memang Mahal Pun

Menjengah di ruangan komen, warganet meluahkan bahawa harga di kedai mamak memang mahal jika dibandingkan dengan dahulu. KECEWA DENGAN KEDAI MAMAK MAHAL

Pelanggan Pun Kena Faham Dan Berhati-Hati

Namun, ada juga beberapa warganet yang menasihati supaya pelanggan berhati-hati, memeriksa setiap harga hidangan dan ada juga yang memohon agar mereka memahami sisi peniaga memandangkan harga barang sekarang ini semakin naik. KECEWA DENGAN KEDAI MAMAK MAHAL

Memandangkan harga barang semakin meningkat, tidak hairan harga hidangan di kedai makan juga dicaj lebih mahal berbanding harga dahulu. Namun begitu, para peniaga tidak seharusnya mengambil kesempatan dan cuba meniaga secara ikhlas supaya dapat menggembirakan hati pelanggan.

Kredit: TikTok awsxiang

Baca Juga: “Hati-Hati Bila Memilih Tempat Makan..” Kecoh Pelanggan Mengamuk Di Kedai Mamak, Semuanya Gara-Gara..

tags: