Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ubah Suai Resepi Omputeh, Lelaki Ini Kongsi Cara Buat Chocolate Lasagna Yang Mudah & Tak Terlalu Manis

Ubah Suai Resepi Omputeh, Lelaki Ini Kongsi Cara Buat Chocolate Lasagna Yang Mudah & Tak Terlalu Manis

Kategori: ,
CHOCOLATE LASAGNA

Lasagna merupakan hidangan Barat yang terkenal dengan lapisan sos tomato dan sos putih yang dibakar bersama kepingan nipis pasta. Sangat savori, siapa sangka ia turut boleh diubah suai untuk dijadikan pencuci mulut?

Ya, bagi penggemar manisan, ada chocolate lasagna yang anda boleh cuba. Resepinya telah diolah oleh Muhammad Ali di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Mudah dan tak terlalu manis, jom baca secara lebih lanjut untuk ketahui caranya.

Ubah Suai Resepi Omputeh, Lelaki Ini Kongsi Cara Buat Chocolate Lasagna Yang Mudah & Tak Terlalu Manis

Bahan Base Lasagna

  • 160 gm Oreo crumbs (Nak letak inti dia sekali pun takpe)
  • 60 gm butter

Bahan Mousse

  • 500 gm cream cheese
  • 300 gm dairy whipping cream
  • 100 gm gula aising
  • 2 sudu kecil esen vanilla

Bahan Inti Coklat

  • 200 gm coklat gelap
  • 150 gm dairy whipping cream – guna yang ini 
  • 50 gm serbuk koko
  • 20 gm susu pekat manis CHOCOLATE LASAGNA

Cara Penyediaan Base Lasagna

  1. Hancurkan Oreo crumbs dan gaulkan bersama butter.
  2. Dah gaul sampai sebati, mampatkan dalam loyang petak 6 atau 7 inci (dapatkan di sini). Tinggi loyang seeloknya 3 inci.
  3. Letakkan dalam peti ais selama 90 minit supaya ia menggeras.

Cara Penyediaan Mousse

  1. Putar cream cheese. Pastikan cream cheese berada pada suhu bilik baru putar.
  2. Dalam 2 hingga 3 minit putarkan. Masukkan gula aising dan esen vanilla.
  3. Sambung putar lagi sampai semuanya sebati. Bila sudah, berhenti.
  4. Pada bekas yang lain, putarkan dairy whipping cream sehingga kental.
  5. Dah kental, kaup balik adunan cream cheese tadi dengan whipping cream. Kaup sampai sebati dan letakkan ke atas lapisan base yang disejukkan tadi.
  6. Ratakan mousse tadi cantik-cantik. Setkan dalam peti ais selama 30 minit.

Nota: Sebab nama pun lasagna jadi adunan tadi bahagikan pada dua. Satu letakkan di atas base tadi. Satu lagi letakkan dalam piping bag. Yang dalam pipping bag ini masukkan dalam peti. Jangan biarkan pada suhu bilik.

Cara Penyediaan Inti Coklat

  1. Double boil, letakkan 150 dairy whipping cream dan dark chocolate. Double boil sampai semuanya larut. Dah larut, tutup api. Terus masukkan serbuk koko dan susu pekat manis.
  2. Terus kacau panas-panas sampai semuanya sebati. Dah sebati, tapis. Wajib tapis dan bagi dia suam dalam 10 hingga 15 minit.
  3. Dah suam, kacau-kacau dulu sebelum tuang baru masukkan ke atas lapisan mousse tadi.
  4. Setkan dalam peti selama 30 minit.
  5. Selepas 30 minit, baru letakkan mousse yang kita letakkan dalam pipping bag tadi. Keluarkan dari peti dan pipe je atas lapisan inti coklat tadi.
  6. Ratakan elok-elok. Setkan semalaman. CHOCOLATE LASAGNA CHOCOLATE LASAGNA CHOCOLATE LASAGNA CHOCOLATE LASAGNA

Dah siap Chocolate Lasagna anda! Pencuci mulut ini kelihatan lebih unik dari yang lain, kan? Siapa sangka dengan mengubah suai bahan-bahan dan langkah-langkah, sesuatu yang baru pula berjaya dihasilkan. Menarik sangat!

Selamat mencuba resepi ini!

Kredit: Muhammad Ali di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Baca Juga: Resepi Kek Coklat Kukus Sukatan Cawan, Kukus Dalam 20 Minit Je, Boleh Sediakan Masa Jamuan

tags: | |