Akhir-akhir ini, media sosial kecoh dengan masakan negara Sepanyol. Ia mempunyai pelbagai hidangan makanan laut dan kentang tapi ramai yang tak tahu resepi mana untuk dicuba.
Apa kata kita bermula dari asas dan mencuba hidangan Sepanyol yang paling mudah iaitu Spanish Tortilla atau lebih dikenali sebagai telur dadar berkentang? Sangat mengenyangkan perut, resepinya telah dikongsikan oleh Hasbullah Ahmad di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Sangat ringkas!
Terkenal Di Sepanyol, Lelaki Ini Kongsi Cara Buat Spanish Tortilla. Sedap & Mudah Sahaja!
Bahan-bahan
- 700 gram kentang (dikupas dan dihiris setebal 4 hingga 5 mm)
- 100 gram bawang besar
- 4 biji telur
- Minyak zaitun atau minyak masak
- Garam
- Serbuk perasa
- Serbuk cili
Cara-caranya
- Kentang yang siap dihiris, digoreng dalam api sederhana besar sehingga masak dan keperanggan di bahagian luar.
- Toskan minyak dan masukkan bawang. Gaul sebati dan masak sehingga bawang layu.
- Dalam satu bekas, pukul telur dengan garam, serbuk perasa dan serbuk cili.
- Masukkan campuran kentang dan bawang tadi. Gaul rata dan masukkan kembali dalam frying pan. Guna api sederhana dan tutup dengan penutup. Masak sehingga permukaan telur nampak cukup pejal.
- Dengan penutup tadi (ataupun pinggan), balikkan campuran yang dimasak tadi dan masak seketika untuk pastikan permukaan sebelah cukup masak.
- Setelah masak, boleh dihidangkan terus atau biarkan seketika sebelum dihidangkan.
Dah siap hidangan Spanish Tortilla ini. Kalau makan memang kenyang, tak perlu nasi. Bahan-bahan dan langkah-langkahnya pun mudah, jadi jom cuba sekarang.
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini.
Kredit: Hasbullah Ahmad di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Baca Juga: Resepi Cottage Pie Yang Terlampau Mudah, First Time Buat Confirm Menjadi Kalau Ikut Cara Ini