Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Lelaki Ini Kongsi Cara Untuk Menyediakan Air Beras Goreng, Minuman Yang Sering Diamalkan Oleh Orang Dahulu Untuk Menyejukkan Badan

Lelaki Ini Kongsi Cara Untuk Menyediakan Air Beras Goreng, Minuman Yang Sering Diamalkan Oleh Orang Dahulu Untuk Menyejukkan Badan

Kategori: ,
AIR BERAS GORENG

Bila dunia sedang bergerak maju dan pelbagai jenis produk kesihatan telah diperkenalkan, petua orang-orang dahulu semakin dilupakan. Jika dilihat, nenek moyang kita mempunyai kesihatan yang baik serta wajah awet muda walaupun tidak mengamalkan apa-apa krim atau minuman yang telah dicampurkan dengan pelbagai bahan kimia.

Perlu diperlihara, petua orang dahulu masih mempunyai banyak manfaat pada kesihatan. Antara minuman yang sering diamalkan oleh nenek moyang adalah air beras goreng yang mampu melegakan pelbagai masalah kesihatan.

Kongsi Cara Untuk Menyediakan Air Beras Goreng

Terbaru, seorang lelaki, jefrimejan79, memuat naik sebuah video dan berkongsi cara untuk menyediakan air beras goreng di laman TikTok. Minuman itu merupakan minuman yang selalu diamalkan oleh nenek moyang dahulu.

Menyediakannya secara tradisional dengan menggunakan dapur kayu seperti yang telah digunakan oleh nenek moyang, lelaki itu mengambil beberapa genggam beras untuk disangai menggunakan kuali. Tanpa minyak, beras itu digoreng sehingga hampir kehitaman lalu diangkat.

Kemudian, ia diletakkan ke dalam gelas. Setelah itu, air yang telah dipanaskan dituang bagi menghasilkan minuman. Perlu dikacau, minuman itu sedia untuk dinikmati seperti secawan kopi atau teh. AIR BERAS GORENG AIR BERAS GORENG

Malah, lelaki itu turut kongsikan khasiat air beras goreng yang mampu melegakan pelbagai masalah kesihatan. AIR BERAS GORENG

@jefrimejan79

Malam² ni pekena Air Beras Goreng Panas², pehhh nyaman😊 #airberas #drinks #masakdirumah #fypシ

♬ Selendang Mak Inang – Allahyarham Hamzah Dolmat

@jefrimejan79 Malam² ni pekena Air Beras Goreng Panas², pehhh nyaman😊 #airberas #drinks #masakdirumah #fypシ ♬ Selendang Mak Inang – Allahyarham Hamzah Dolmat

Minuman Yang Membangkitkan Memori Indah

Menjengah di ruangan komen video tersebut, warganet berasa seronok dan ada juga yang terharu apabila melihat perkongsian lelaki itu. Merupakan minuman yang pernah diamalkan oleh keluarga mereka, ia membangkitkan pelbagai kenangan indah. AIR BERAS GORENG

Air beras goreng ini perlu diamalkan bagi memelihara tradisi nenek moyang kita. Mudah untuk disediakan dan mempunyai pelbagai kebaikan untuk kesihatan, ianya lebih baik dari minuman segera yang mempunyai pelbagai bahan kimia dan gula berlebihan.

Kredit: TikTok jefrimejan79

Baca Juga: Tangan Pijar, Tak Cukup Basuh Air Saja. Doktor Ini Dedah 5 Cara Untuk Menghilangkannya

tags: