Aktiviti memancing merupakan kegiatan yang sangat digemari oleh golongan lelaki. Malah, mereka tidak keberatan untuk menghabiskan masa berjam-jam untuk memancing. Tapi, aktiviti itu menjadi sukar untuk dinikmati apabila sudah berkahwan kerana isteri yang kurang suka suami menghabiskan masa di luar.
Meskipun isteri kurang bersetuju, kaum lelaki akan cuba sedaya upaya untuk memujuk isteri untuk memberikan kebenaran untuk memancing. Itu lah yang dilakukan lelaki ini!
Di TikTok, shahruljohari telah memuat naik video yang menunjukkan dirinya rajin memasak menu Udang Butter ketika isterinya sedang solat. Sibuk di dapur, dia turut memberikan nasihat para penonton mengenai tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga.
Setelah seronok menikmati hidangan tersebut dengan si isteri, rupanya lelaki itu mempunyai sebabnya tersendiri untuk merajinkan diri ke dapur. Segala usahanya adalah untuk memujuk hati isteri dengan harapan dia dapat keluar dan melakukan aktiviti memancing.
@_shahruljohari_ sayangi la teman hidup anda 😆 #bengang #tipsbuatkamu #fypage #fypdongggggggg
@_shahruljohari_sayangi la teman hidup anda 😆 ##bengang ##tipsbuatkamu ##fypage ##fypdongggggggg♬ original sound – Shahrul
Menjengah di ruangan komen, para isteri cukup ‘muak’ dengan taktik para suami. Ada udang di sebalik batu! Rajin itu mesti ada sebabnya untuk ambil hati isteri.
Aduii, memang macam-macam cara yang si suami sanggup cuba semata-mata untuk memujuk hati wanita, kan? Pujuk untuk pergi memancing tak apa, jangan sebab lain sudah. Memang isteri itu naik angin nanti. Elok keluar, tak balik rumah nanti
Kredit: TikTok shahruljohari