Meniaga makanan bukanlah perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi dengan keadaan sekarang dimana ekonomi tidak menentu, peniaga makanan antara yang terkesan.
Semenjak pandemik Covid-19 melanda dunia, banyak perusahaan kedai makan terpaksa ditutup. Malah, restoran ternama turut terkesan. Meskipun negara tengah menyesuaikan diri pada norma baru, ianya masih mencabar untuk mereka meneruskan perniagaan.
Jadi, ada juga peniaga yang terpaksa berjimat. Ada yang terpaksa mengurangkan hidangan, ada juga yang terpaksa buang perkerja. Namun, dikala ramai yang mencuba pelbagai cara untuk menyelamatkan perniagaan, masih wujud peniaga yang tidak takut dengan ‘kerugian’.
Seperti yang dikongsikan di laman TikTok baru-baru ini, seorang lelaki telah berkongsi pengalaman manis apabila membeli makanan di gerai makan.
Seorang pengguna, arifaimanahmad telah memuat turun sebuah video di laman tersebut. Video tersebut memaparkan gelagatnya bersama seorang peniaga ketika hendak membeli makanan.
@arifaimanahmad Murah hati 👍🏻 semoga lebih ramai lagi peniaga camni 🤲🏻 #fyp #pov #fypシ #vlog #tiktokindonesia
@arifaimanahmad Murah hati 👍🏻 semoga lebih ramai lagi peniaga camni 🤲🏻 #fyp #pov #fypシ #vlog #tiktokindonesia ♬ original sound – Arif Aiman
Terkejut dengan saiz hidangan nasi yang banyak, peniaga tersebut menjelaskan bahawa saiz hidangan diberi adalah mengikut permintaan pelanggan. Jika pelanggan mahukan nasi yang banyak, dia sedia sahaja memberi. Tiada caj tambahan dikenakan.
Malah, dia juga tak keberatan untuk memberi secawan air teh limau ais percuma kepada lelaki tersebut. Tambahnya, gerai kecilnya selalu sahaja dikunjungi oleh para riders untuk mendapatkan minuman percuma.
Menurutnya, gerai tersebut berada di Bandar Kinrara 4, Puchong, Selangor. Jadi, sesiapa sahaja yang mahu support perniagaan abang tersebut boleh lah kunjungi gerai tersebut.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet berasa kagum dengan sikap pemurah peniaga tersebut. Tidak berkira, mereka turut doakan semoga abang tersebut terus dimurahkan rezeki.
Bagusnya peniaga ini kerana bermurah hati ketika berniaga. Sebenarnya jika kita memberi lebih, kita tidak akan rugi apa-apa pun. Berbuat baik, ganjaran akan datang balik pada kita berlipat ganda.
Kredit: TikTok arifaimanahmad