Pernah makan roti sosej? Ironinya roti sosej adalah antara makanan yang sangat enak dan menyelerakan. Rasa sosej yang bersatu dengan roti membuatkan si pemakan berasa kenyang. Tambahan pula, sosej itu sendiri sudah pun sedap.
Ramai yang mengambil pendekatan untuk membuat roti ini dan menjualnya. Namun begitu, terlalu jauh beza antara roti sosej dahulu dengan yang sekarang. Jika dahulu sebatang sosej diletakkan dalam roti namun kini tidak lagi.
Semenjak berlakunya peredaran masa, pelbagai jenis potongan yang ditemui. Semakin lama, semakin sedikit sosej yang diletakkan sehingga akhirnya, hanya secubit yang kelihatan. Seperti mana yang berlaku kepada seorang lelaki yang dikenali dengan nama Mrfizun menerusi akaun TikTok.
Fizun telah berkongsi sebuah video yang memaparkan roti sosej yang dimakannya. Walaubagaimanapun inti yang ada pada roti tersebut sungguh mengejutkan kerana teramat sedikit. Tidak dapat diketahui, berapa potongan bagi satu batang sosej memandangkan kelihatan terlampau kecil.
Lelaki ini redha dan tetap bersyukur, sempat meluahkan rasa syukur dengan rezeki yang diperolehi di ruangan caption. “Alhamdulillah rezeki yang diberikan. Begitulah kehidupan”.
Ya, memang tidak dinafikan zaman sekarang banyak barang mentah naik harga. Namun suka kami nasihatkan, juallah setanding dengan harganya. Tengok pun puas hati, makan pun puas hati. Ini tidak, hanya secoet yang kelihatan.
Entah rasa ke tidak sosej berkenaan memandangkan ianya bersaiz kecil sahaja. Menggunakan latar suara redha dan menyedihkan, lelaki ini membuatkan orang ramai berasa sedih dan terhibur apabila melihat roti sosej tersebut.
@pjunnnn Alhamdulillah rezeki yang diberikan. Begitulah kehidupan ๐ซ
@pjunnnnAlhamdulillah rezeki yang diberikan. Begitulah kehidupan ๐ซ โฌ original sound – ๐ฒ๐พ๐๐ผ๐๐๐๐ ๐ฎ๐ฉ
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok yang menonton video berkenaan. Bukan sahaja ramai yang berasa sedih dan terkejut apabila melihat rupa roti sosej berkenaan namun ada juga yang meninggalkan komen menyangkakan ianya adalah donut kecil yang ada krim coklat.
“Wait?? Mula-mula ingatkan donut kecik ada krim coklat. Rupanya roti sausage halus”, tulis Shaznoen di ruangan komen. Tidak kurang juga ada yang menulis, “laaah roti sosej ke, kalau tak dipusing roti tu tak tahu tu roti sosej”, tulis athmht.
Manakala ada juga yang sudah puas memerhati bagi mengetahui apakah kuih tersebut namun setelah membaca komen, barulah jumpa jawapannya.ย “Puas perhati kuih apa bila baca komen baru faham” – pemilik akaun TikTok behbee.
Sungguh mengejutkan bukan apabila melihat ada peniaga yang sanggup menjual roti sosej dan intinya yang sedemikian rupa. Kalau ikutkan, berapa ringgit sangat untuk sepeket sosej namun itulah, apabila ada peniaga yang hanya mengejar keuntungan semata-mata, begitulah jadinya.
Moga peniaga lain di luar sana, membuka mata dan janganlah menganiaya pelanggan seperti ini. Terbayang kesediha yang dirasai oleh pelanggan sekiranya mereka membeli makanan yang sedemikian rupa. Jujur dan ikhlas lah dalam berniaga, itu adalah lebih baik!
Sumber: TikTok MrFizun
Baca juga: โMurah La Tu..โ Peniaga Hilang Mood, Nasi Lemak Ayam Berharga RM6 Dikatakan Mahal Oleh Pelanggan