Dalam hubungan percintaan, sudah tentu kita akan risaukan pasangan masing-masing. Bila berjauhan, pelbagai senario mula difikirkan dan perasaan risau makin menjadi-jadi, terutamanya kaum wanita. Jika boleh, setiap saat ingin bertanya khabar supaya dapat melegakan perasaan resah terhadap pasangan mereka.
Bagi si teman lelaki pula, jika sayang pada pasangan, sudah tentu dia tidak ingin merisaukannya. Walaupun menghadapi pelbagai cabaran, sudah tentu dia akan menipu supaya dapat menenangkan pasangan mereka. Hal tersebut telah dilakukan oleh seorang lelaki baru-baru ini.
Ditanya oleh teman wanitanya yang risau samada dia sudah makan atau belum, seorang lelaki, haikalkadie_, terpaksa membohong kepadanya supaya dia tidak risau akan keadaannya.
Untuk melegakan hati , dia sanggup tipu teman wanita dan mengatakan bahawa dia berada di kafe sambil menikmati sepinggan nasi ayam bersama air oren. Namun hakikatnya, dia berada di tepi jalan sambil menghisap beberapa putung rokok memandangkan wang dalam dompetnya hanya tinggal beberapa ringgit.
@haikalkadie_ Semua lelaki mmng kaki penipu #fypシ #berandafyp #bagimukasikit
@haikalkadie_ Semua lelaki mmng kaki penipu #fypシ #berandafyp #bagimukasikit ♬ original sound – bigboss
Hal tersebut sangat perit namun kerana sayang dan tak mahu teman wanitanya risau dengan keadannya, dia terpaksa menipu.
Menjengah di ruangan, segelintir lelaki turut tampil dan memahami situasi lelaki tersebut. Tambah mereka, meskipun kehidupan mereka susah dan dipenuhi liku, mereka tidak mahu merisaukan orang yang tersayang.
Kadang-kadang lelaki menipu bukan atas faktor curang atau hal lain, tapi adalah kerana untuk menenangkan orang yang mereka sayangi supaya mereka tidak risau. Namun, lelaki tidak seharusnya mengambil beban tersebut sendirian dan perlulah berkongsi masalah mereka dengan pasangan masing-masing.
Kredit: TikTok haikalkadie_
Baca Juga: “Dah Kenapa Pulak Tu?”, Rasa Seram Bila Kucing Peliharaan Tenung Tajam, Rupanya Ini Sebabnya..