Tidak dinafikan bahawa wabak pandemik Covid-19 yang telah melanda dunia telah menjejaskan ramai orang, terutamanya mereka yang bergiat aktif dalam dunia perniagaan.
Bukan sahaja perniagaan kecil, malah perniagaan yang bertaraf dan sudah mempunyai kedudukan yang kukuh dalam industri turut menghadapi kerugian besar semenjak pandemik Covid-19. Perkara itu sungguh menyayat hati kerana ia telah menjejaskan sumber pendapatan ramai pihak.
Cuba bayangkan jika perniagaan ibubapa kita turut terjejas? Mesti sayu sahaja melihat mereka mencuba pelbagai cara untuk menyelamatkan sumber rezeki mereka.
Di laman TikTok, seorang individu, dnsh._2 berkongsi dugaan yang ibunya terpaksa hadapi setelah Malaysia dilanda wabak Covid-19 dan terpaksa menutup perniagaan selama enam bulan kerana akur dengan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP).
Setelah sekian lama tidak meniaga, duit simpanan ibunya hampir licin kerana terpaksa digunakan untuk meneruskan hidup. Memandangkan kerajaan telah melaksanakan kelonggaran, ibunya dengan penuh teruja ingin berniaga semula.
Namun, untuk membangunkan perniagaannya semula tidak mudah kerana orang ramai belum lagi mengunjungi kedai ibunya, iaitu Restoran D’Perahu di Rawang, Selangor.
@dnsh._2 Insha allah, semoga ramai yang tengok and share untuk bantu business mama danish. Tgk comment utk detail kedai🥺#share #viral #fyp #malaysia #staysafe
♬ bunyi asal – h@nì ámèèrà / businesss – h@nì ámèèrà / businesss
@dnsh._2 Insha allah, semoga ramai yang tengok and share untuk bantu business mama danish. Tgk comment utk detail kedai🥺#share #viral #fyp #malaysia #staysafe ♬ bunyi asal – h@nì ámèèrà / businesss
Restoran itu menyediakan pelbagai lauk yang enak untuk makan tengah hari. Semuanya tampak menyelerakan dan segar.
@dnsh._2 Reply to @syhzr4 LAUK-LAUK DI RESTORAN D’PERAHU😋 #viraltiktok #viralvideo #viral #fypage #fypシ #fyp #foodlover #foodies #foodie #food #malaysia
@dnsh._2 Reply to @syhzr4 LAUK-LAUK DI RESTORAN D’PERAHU😋 #viraltiktok #viralvideo #viral #fypage #fypシ #fyp #foodlover #foodies #foodie #food #malaysia ♬ Here’s Your Perfect – Flukie
Jelas video yang dikongsikan telah menyentuh hati warganet yang menonton. Bersimpati akan nasib mereka, warganet tidak putus meninggalkan kata-kata semangat dan doa. Semoga perniagaan emaknya kembali maju dan berjaya.
Malah, ada juga insan yang baik hati yang ingin mengunjungi restoran itu bagi memberi sokongan dan bantu perniagaan keluarga itu.
Bagi anda yang berada di Rawang, Selangor, boleh lah datang ke restoran D’Perahu untuk memberi sokongan dan bantu perniagaan keluarga itu. Tak salah jika kita turun dan meyokong perniagaan kecil, sedikit sebanyak dapat membantu mereka untuk mencari rezeki.
Kredit: TikTok dnsh._2