Menu makan pagi yang paling popular dalam kalangan masyarakat Malaysia adalah nasi lemak, kuih muih dan juga roti canai. Tidak kira di negeri mana sekali pun, tiga menu ini pasti sangat digemari hampir semua orang.
Lebih-lebih lagi nasi lemak, terdapat pelbagai jenis nasi sama ada nasi biasa, nasi bersambal pedas atau pun bersambal manis. Lauknya pula, memang buatkan setengah dari kita hilang diet. Ada sambal sotong, sambal udang, sambal kerang dan lain-lain.
Selain dari buat sendiri di rumah, makanan tradisional ini juga banyak dijual dikedai. Mempunyai citarasa yang berbeza-beza dan pastinya harga bagi nasi tersebut juga berbeza. Di setiap kedai dan tempat pasti akan ada perbezaannya.
Jika ke Melaka atau pun Negeri Sembilan, pastinya kita akan banyak temui nasi lemak bersambal pedas. Manakala jika ke pantai timur seperti Kelantan, pasti akan temui banyak nasi lemak yang bersambal manis.
Berkenaan dengan nasi lemak ini, ada satu cerita yang sangat menarik yang dikongsikan oleh Ameerul Hayat menerusi laman facebook miliknya.
Lelaki ini terkejut apabila tiba-tiba menemui wang berjumlah RM5 di dalam bungkusan nasi lemak yang dibeli rakan isterinya dari sebuah kedai di tepi jalan Taman Saujana Kota Tinggi, Johor.
Menurut Ameerul, rakan isterinya itu membelikan enam bungkus dan apabila membuka salah satu daripadanya dia mendapati ada sejumlah wang. Ekoran terkejut dengan penemuan wang tersebut, dia terus menghantar pesanan kepada isterinya dan bertanya akan hal tersebut.
Lalu isterinya menjawab, mungkin peniaga tersebut mahu bersedekah memandangkan duit berkenaan terletak elok dalam plastik. Tambah Ameerul lagi, ini adalah kali ketiga rakan isterinya itu membeli nasi lemak dari gerai tersebut yang berharga RM1.50 sebungkus. Namun baru kali ini dia menemui duit di dalamnya.
“Dalam enam bungkus itu saya yang bertuah kerana dapat RM5. Saya kira ini hari bertuah untuk saya. Peniaga itu pula, dalam berniaga pada masa sama dia nak buat sedikit amal. Saya mendoakan agar perniagaannya semakin maju”
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan komen dari warganet. Ada yang menulis, belian tersebut adalah belian bertuah. Dalam masa yang sama ada juga yang memuji dan menyarankan nasi lemak tersebut dibeli lagi, takut ada lagi katanya.
Malah menerusi perkongsian dari individu lain yang dikenali dengan nama Melor menerusi aplikasi Twitter turut berkongsikan nasib yang sama. Apabila dia turut menemui sejumlah wang di dalam bungkusan nasi lemak yang dibeli dari gerai yang sama.
https://twitter.com/M3LOOOOOR/status/1115395849859686401?s=20&t=IVOmlFud4jL6TI2aRx2XmQ
Walaupun kejadian berkenaan berlaku pada tiga tahun yang lepas pastinya ia tetap menjadi ingatan bagi mereka yang pada ketika itu mengalami kesusahan. Apabila dilihat, wang berjumlah RM5 tidaklah besar mana, namun ia sangat-sangat berguna bagi mereka yang amat memerlukan.
Tahniah diucapkan kepada peniaga nasi lemak tersebut. Berniaga sambil bersedekah, semoga terus dimurahkan rezeki.
Sumber: Ameerul Hayat
Baca juga: “Yang Meniaga Je Tahu Perasaan Tu..” Peniaga Tepi Jalan Diduga, Gerai Dihalang Lori Depan & Tepi.