Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

“Belian Bertuah..” Baru Nak Jamah, Lelaki Ini Terkejut Apabila Temui ‘Sesuatu’ Dalam Bungkusan Nasi Lemak

Cik Lawa by Cik Lawa
Ogos 4, 2022
in Berita
3 min read
0 0
0
temui sesuatu dalam bungkusan nasi lemak
0
SHARES
0
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Menu makan pagi yang paling popular dalam kalangan masyarakat Malaysia adalah nasi lemak, kuih muih dan juga roti canai. Tidak kira di negeri mana sekali pun, tiga menu ini pasti sangat digemari hampir semua orang.

Lebih-lebih lagi nasi lemak, terdapat pelbagai jenis nasi sama ada nasi biasa, nasi bersambal pedas atau pun bersambal manis. Lauknya pula, memang buatkan setengah dari kita hilang diet. Ada sambal sotong, sambal udang, sambal kerang dan lain-lain.

Selain dari buat sendiri di rumah, makanan tradisional ini juga banyak dijual dikedai. Mempunyai citarasa yang berbeza-beza dan pastinya harga bagi nasi tersebut juga berbeza. Di setiap kedai dan tempat pasti akan ada perbezaannya.

Jika ke Melaka atau pun Negeri Sembilan, pastinya kita akan banyak temui nasi lemak bersambal pedas. Manakala jika ke pantai timur seperti Kelantan, pasti akan temui banyak nasi lemak yang bersambal manis.

Berkenaan dengan nasi lemak ini, ada satu cerita yang sangat menarik yang dikongsikan oleh Ameerul Hayat menerusi laman facebook miliknya.Β 

Lelaki Ini Terkejut Bila Temui ‘Sesuatu’ Dalam Bungkusan Nasi Lemak

Lelaki ini terkejut apabila tiba-tiba menemui wang berjumlah RM5 di dalam bungkusan nasi lemak yang dibeli rakan isterinya dari sebuah kedai di tepi jalan Taman Saujana Kota Tinggi, Johor.

Menurut Ameerul, rakan isterinya itu membelikan enam bungkus dan apabila membuka salah satu daripadanya dia mendapati ada sejumlah wang. Ekoran terkejut dengan penemuan wang tersebut, dia terus menghantar pesanan kepada isterinya dan bertanya akan hal tersebut.

Lalu isterinya menjawab, mungkin peniaga tersebut mahu bersedekah memandangkan duit berkenaan terletak elok dalam plastik. Tambah Ameerul lagi, ini adalah kali ketiga rakan isterinya itu membeli nasi lemak dari gerai tersebut yang berharga RM1.50 sebungkus. Namun baru kali ini dia menemui duit di dalamnya.

“Dalam enam bungkus itu saya yang bertuah kerana dapat RM5. Saya kira ini hari bertuah untuk saya. Peniaga itu pula, dalam berniaga pada masa sama dia nak buat sedikit amal. Saya mendoakan agar perniagaannya semakin maju”

Bagusnya..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan komen dari warganet. Ada yang menulis, belian tersebut adalah belian bertuah. Dalam masa yang sama ada juga yang memuji dan menyarankan nasi lemak tersebut dibeli lagi, takut ada lagi katanya.

Malah menerusi perkongsian dari individu lain yang dikenali dengan nama Melor menerusi aplikasi Twitter turut berkongsikan nasib yang sama. Apabila dia turut menemui sejumlah wang di dalam bungkusan nasi lemak yang dibeli dari gerai yang sama.

Beli nasi lemak dapat duit. Hahahah so betul lah yang viral nasi lemak ada duit kat saujana tu πŸ˜‚ pic.twitter.com/8gYNTMhigM

— 𝕄𝕖𝕝𝕠𝕣 🌼 (@M3LOOOOOR) April 8, 2019

BacaJuga

Makan Nasi Lemak Setiap Hari

Makan Nasi Lemak Setiap Hari Sampai Bulat, Rupa Anjing Terbiar Ini Buat Orang Ramai Geli Hati

September 7, 2023
165
“Terima Kasih Orang Baik…”- Pelanggan Warga Asing Menangis Terharu Dapat Nasi Lemak, Tunggu Setengah Jam Sambil Tunjuk Perut.

“Terima Kasih Orang Baik…”- Pelanggan Warga Asing Menangis Terharu Dapat Nasi Lemak, Tunggu Setengah Jam Sambil Tunjuk Perut.

September 6, 2023
68

Walaupun kejadian berkenaan berlaku pada tiga tahun yang lepas pastinya ia tetap menjadi ingatan bagi mereka yang pada ketika itu mengalami kesusahan. Apabila dilihat, wang berjumlah RM5 tidaklah besar mana, namun ia sangat-sangat berguna bagi mereka yang amat memerlukan.

Tahniah diucapkan kepada peniaga nasi lemak tersebut. Berniaga sambil bersedekah, semoga terus dimurahkan rezeki.

Sumber: Ameerul Hayat

Baca juga: β€œYang Meniaga Je Tahu Perasaan Tu..” Peniaga Tepi Jalan Diduga, Gerai Dihalang Lori Depan & Tepi.

 

Download Premium WordPress Themes Free
Download WordPress Themes Free
Download Premium WordPress Themes Free
Download Best WordPress Themes Free Download
free download udemy paid course
download intex firmware
Tags: gerai makananlelakinasi lemakWang
ShareTweetSend

Related Posts

cendol santan kelapa sawit
Berita

Cendol Santan Kelapa Sawit Ganti Santan Kelapa, Rasa Memang Power! Laku Keras Di Kluang!

September 22, 2023
168
peniaga buah kini pasar malam
Berita

“Hebat Orang Melayu Kita..” Dulu Hanya Berniaga Di Pasar Malam Namun Kini Peniaga Buah Ini Mampu Buka Kedai Sendiri

September 22, 2023
30
Beli Jus Nenas
Berita

Beli Jus Nenas Dalam Kotak, Wanita Ini Terkejut Dapat Air Kosong & Rasa Seperti Kena Scam

September 21, 2023
48
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

Β© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

Β© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist