Sebut sahaja air teh o ais, ia pasti menjadi kegemaran bagi kebanyakan rakyat Malaysia. Sememangnya, air ini menghilangkan kehausan di saat dahaga. Lagi-lagi jika lepak bersama kawan, pasti ada yang akan memesan teh o ais sebagai pilihan mereka.
Baru Minum Teh O Ais Seteguk Dua, Lelaki Ini Terkejut Cicak Jatuh Dalam Minuman. Reaksinya Buat Pecah Perut!
Menyebut perihal teh o ais, ada satu perkongsian video teh o ais tular dan mendapat perhatian ramai di laman TikTok. Ia apabila seorang lelaki berkongsi kisah bagaimana teh o ais nya terjatuh seekor cicak ke dalamnya.
Menurutnya, hal itu memang tidak disangka daan ia berlaku secara tiba-tiba. Sehinggakan, dia dan rakannya tidak tahan untuk ketawa dan menggelakkan peristiwa tersebut.
“Baru minum sikit air tiba-riba kau jatuh dari atas gorgon. Nasib tak minum, kalau minum jadi cicak men hahaha,” tulisnya dengan nada ketawa yang terbahak-bahak.
Kalau Minum Jadi Cicakman!
@kojek_jekk29 Baru minum sikit air tiba” kau jatuh dari atas gorgon🤣 nasip tdk minum kalau minum jadi cicak men Hahahahaha😂😂 #ngakak #fypシ゚viral #cicakcicakdidinding #gorgon #sabahantiktokers
@kojek_jekk29 Baru minum sikit air tiba” kau jatuh dari atas gorgon🤣 nasip tdk minum kalau minum jadi cicak men Hahahahaha😂😂 #ngakak #fypシ゚viral #cicakcicakdidinding #gorgon #sabahantiktokers ♬ original sound – DBO_Wild
Melihat kepada video tersebut, ia menjadi bertambah lucu apabila reaksi cicak di dalam gelas kelihatan bersahaja dan seperti menikmati keberadaannya di situ.
Video tersebut mendapat perhatian netizen dengan terdapat pelbagai komen yang turut melucukan. Setakat ini, ia meraih 20 ribu tanda suka dengan 1 ribu lebih komen.
“Wahhh topping 2023 ke ni? Bestnya!”, kata netizen bernama Aisyah berkenaan cicak jatuh dalam minuman tersebut.
“Bermula kisah Cicakman 4 di pawagam 1 April ini”, seloroh netizen lain dengan nama Abe Wey.
“Sedap air tu cuba try,” komen netizen lain.
Topping Tahun 2023 Ke Ni? Seloroh Netizen
Melihat video cicak jatuh dalam minuman ini, kita boleh mengaggap nasib terkadang tidak menyebelahi kita dalam sesuatu perkara. Min pun tak tahu nak gelak ke nak nangis!
Sumber: Kojek_Super