Kenaikkan harga barangan pada masa kini telah membebankan masyarakat, terutamanya golongan pengusaha restoran. Ini kerana bagi meneruskan operasi perniagaan dan mengelakkan kerugian, harga makanan dan minuman yang dijual juga terpaksa dinaikkan.
Ada segelintir barang yang dinaikkan harga, ada pula yang kekal murah. Tentu pelanggan juga akan terkejut apabila melihat perbezaannya.
Terbaharu, seorang lelaki, fendirayyan telah memuat naik sebuah video di laman TikTok untuk berkongsi hal yang sangat mengejutkan bagi dirinya.
Mengunjungi sebuah restoran untuk makan ringan, dia telah memesan secawan Nescafe panas untuk dinikmati bersama sepinggan roti Capati.
Selepas melakukan pembayaran, dia agak terkejut selepas melihat resit pembayaran dan perbezaan di antara dua pesanannya. Membayar sebanyak RM4.90, harga secawan Nescafe bernilai RM2.70 manakala sekeping roti Capati berharga RM2.20.
Meskipun perbezaannya tidaklah begitu ketara, tapi umum tahu bahawa harga minuman selalunya lebih murah berbanding makanan tapi di sini lain pula. Hal itu tetap memeranjatkan baginya.
@fendirayyan #fypシ #semuabarangnaikharga #keluargamalaysia #mpaj #kpdnkk ♬ bunyi asal – Mhd Aizzat – Shira Kun
Meninjau di ruangan komen, orang ramai turut faham bahawa harga minuman yang makin mahal sekarang ini mungkin membebankan ramai. Jadi ramai juga yang cadangkan untuk menukarkan air manis seperti Nescafe, teh dan sebagainya dengan air suam supaya lebih jimat dan sihat.
Memang sesetengah harga minuman akan mahal dari makanan kerana kos bahan-bahan yang digunakan, jadi perkara sebegini bukanlah hal yang aneh pada ketika ini.
Jika ingin berjimat, seeloknya anda memesan air suam atau ais kosong. Sihat pun sihat!
Kredit: fendirayyan
Baca Juga: “Kau Terlebih Jantan..” – Baru Sahaja Nak Potong Kek, Lelaki Ini Tak Sengaja Terkasar Hingga..