Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Maki Dan Cakap Pekerja McDonalds ‘Pekak’, Lelaki Ini Buat Warganet Panas

Maki Dan Cakap Pekerja McDonalds ‘Pekak’, Lelaki Ini Buat Warganet Panas

Kategori:
lelaki maki pekerja mcdonalds

Setiap pekerjaan pasti akan ada ujian dan cabarannya masing-masing. Tidak kira sama ada berkerja dalam bidang apa sekalipun. Malah lebih teruk lagi apabila perlu berhadapan dengan pelbagai ragam manusia. Antara contohnya adalah pekerja restoran atau pun cashier makanan segera.

Tidak dinafikan untuk bekerja dan melayan sikap pelanggan yang agak cerewet perlu mempunyai kesabaran yang agak tinggi. Bukan sahaja fizikal yang harus kuat namun mental juga.

Tindakan lelaki yang maki pekerja McDonalds undang kemarahan warganet

Berkenaan dengan cashier atau pun pelayan ini, terbaharu viral sebuah video berkenaan dengan seorang lelaki yang memaki salah seorang pekerja McDonalds sewaktu membuat pembelian drive thru di sebuah restoran makanan segera itu. Melihat pada video yang dikongsikan oleh @elorakdshn menerusi aplikasi Twitter, dapat dilihat lelaki tersebut yang mana pada mulanya baik-baik sahaja.

Namun setelah beberapa ketika, sewaktu pekerja McDonalds mahu mengesahkan kembali jumlah ayam goreng yang dipesan ia telah membuatkan lelaki berkenaan naik angin serta bertindak memaki pelayan tersebut. Malah lebih teruk lagi dia juga sempat berkata pekak kepada lelaki berkenaan.

Mengejutkan lagi, dengan keadaan muka yang bengang lelaki tersebut kelihatan seolah-olah mencampakkan wang kepada pelayan berkenaan. Selepas berbuat demikian, dia sempat menyuruh pelayan berkenaan bercakap elok-elok dengan pelanggan. Setelah beberapa saat menunggu pelayan berkenaan untuk mengembalikan baki wang, dia sempat meminta pelayan berkenaan untuk cepat.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga Twitter rasa kecewa dan marah dengan sikap lelaki berkenaan. Tidak kurang juga ada yang menasihati lelaki ini agar tenangkan diri terlebih dahulu sebelum bercakap dengan orang.

Dalam masa yang sama ada juga yang berasa menyampahb dengan sikap lelaki berkenaan. Di samping itu ada juga yang menasihati agar pelayan fnb agar layan baik apabila pelanggan baik.

Tidak dinafikan sikap lelaki ini agak keterlaluan. Mengeluarkan kata-kata amarah sedemikian rupa adalah satu tindakan yang salah. Walaubagaimana pun, diharapkan tiada lagi isu seperti ini yang kedengaran atau berlaku dalam masyarakat kita. Siapa pun kita, sama ada pelanggan atau pelayan, tetaplah menjaga tutur kata.

Baca juga: Masing-Masing Mengelak Membaca Doa Sebelum Makan, Gelagat Kawan-Kawan Ini Akhirnya Memaksa Pelayan..

tags: | | |