Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » “Abe, Boleh Tunjuk Ajar Telur Sarang?”, Lelaki Popular Di TikTok Kongsi Resepi Telur Sarang, Sebijik Masakan Thai!

“Abe, Boleh Tunjuk Ajar Telur Sarang?”, Lelaki Popular Di TikTok Kongsi Resepi Telur Sarang, Sebijik Masakan Thai!

Kategori: ,
telur sarang

Jika kita berkunjung ke kedai Thailand, ataupun jika di Malaysia kita panggil kedai Siam, pasti makanan tomyam tidak dapat dipisahkan untuk sebahagian orang. Kalau ada tomyam, mesti kena pesan juga makanan sampingan untuk dimakan bersama.

Misalnya, telur bungkus, daging masak merah dan sambal belacan. Tetapi, ada satu menu yang selalu juga dipesan bersama tomyam tetapi jarang orang tidak tahu atau tidak mahir memasak masakan ini.

Ia juga boleh dijumpai bersama laksa yang kuah pekat melikat itu. Haaa? Dah tahu apa dia? Ia mestilah telur sarang. Jika seseorang itu nak buat telur sarang dengan cantik, pastikan tahu teknik dia.

Jom kita ikut resepi abang Thailand ni. Memang ramai rujuk resepi abang ni dekat laman TikToknya! Tengok dia buat pun dah meleleh air liur.

“Abe, Boleh Tunjuk Ajar Telur Sarang?”, Lelaki Popular Di TikTok Kongsi Resepi Telur Sarang, Sebijik Masakan Thai!

Bahan-Bahan:

  • Minyak masak 1/2 kilogram
  • 3 biji telur
  • susu cair secukup rasa (hanya letak sedikit sahaja)
  • Ajinamoto secukup rasa
  • kicap sotong separuh sudu
  • minyak bijan sedikit
  • daun selasih
  • hirisan cili merah

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan 1/2 kg minyak di dalam kuali yang betul-betul panas.
  2. Pecahkan  3 biji telur.
  3. Masukkan susu cair ke dalam telur tersebut.
  4. Selepas itu, masukkan ajinamoto dan kicap sotong.
  5. Kacau dan pukkul telur dengan laju dan cepat.
  6. Masukkan minyak bijan sedikit.
  7. Tuang dalam periuk panas bersama minyak yang dipanaskan tadi.
  8. Cara tuang telur mestilah dituang dengan tinggi sambil mengacau telur bersama minyak (boleh tengok cara penyediaan video di bawah).
  9. Sebelum angkat, masukkan daun selasih dan hirisan ciili merah.
  10. Toskan minyak sebelum letak di dalam pinggan hidangan.

telur sarang telur sarang telur sarang

https://www.tiktok.com/@rnifar095/video/6980475786109193498?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7098174310049957378

@rnifar095 ตอบกลับ @inibangmir Resepi Telur Dadar Sarang Ala Thai #Selamatmencuba #foryou #malaysia #fyp #viral ♬ เสียงต้นฉบับ – Sarifah Daraman

Dah siap telur sarang kita, bolehlah makan panas-panas! Selain tomyam dan laksa, makan dengan sup panas pun sedap. Telur ni memang rangup dan tebal. Nasi putih, kuah pilihan dan telur sarang! Perghh memang boleh bertambah-tambah nasi.

Selamat mencuba dan menikmati

Sumber: Sarifah Daraman

Baca juga: “Saya Amalkan Hampir 13 Tahun..”, Wanita Ini Kongsi Rahsia ‘Sup Kurus’ Untuk Kekal Slim Walau Cecah Umur 40

tags: | |