Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Berhenti Kerja Kerajaan, Lelaki Ini Raih RM80,000 Kerja Tanam Cili Dekat Kampung

Berhenti Kerja Kerajaan, Lelaki Ini Raih RM80,000 Kerja Tanam Cili Dekat Kampung

Kategori:
tanam cili

Siapa sangka selepas berhenti bekerja kerajaan, lelaki ini membuat kejutan apabila dia dapat meraih sehingga RM80,000 apabila hanya menanam cili di kampung dan menjualnya.

Graduan lepasan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Abdul Rahman Mohd Noor, 30, menunjukkan hasil tanaman yang diusahakannya di ladang lada di Kampung Padang Landak, Jertih ketika ditemuinya di ladangnya.

Katanya, RM80,000 berkenaan mampu dicecah dengan semusim pendapatan – antara tujuh hingga lapan bulan.

Berhenti Kerja Kerajaan, Lelaki Ini Raih RM80,000 Kerja Tanam Cili Dekat Kampungtanam cili

Abdul Rahman Mohd Nor, 30, yang menerima  tawaran bekerja di pejabat kerajaan pada tahun 2022 merupakan antara penanam cili besar atau nama saintifiknya Capsicum anuum, yang berjaya.

Anak muda ini berkata minat terhadap bidang itu melebihi keinginan bekerja di pejabat berhawa dingin.

“Saya tahu apabila menceburi bidang pertanian risikonya amat besar berbanding bekerja di pejabat dengan gaji tetap setiap bulan, namun ia bukan alasan untuk saya mɛncapai impian bergelar petani moden yang berjaya.

“Apabila saya tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Sumber dan Alam Sekitar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) saya cuba mɛnjalankan tanaman cili secara komersil dengan berbekalkan ilmu serta tunjuk ajar daripada ayah saya sendiri,” katanya ketika ditemui di ladang miliknya di Kampung Padang Landak, Jertih.

Timba Ilmu Lebih Banyaktanam cili

Selain itu, beliau juga mengikuti program kɛusahawanan yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian sejak tiga tahun lalu. Pɛnglibatan keluarganya dalam pɛnanaman tɛmbakau sejak Abdul Rahman kecil lagi sedikit-sebanyak mendedahkannya kepada jerih-perih kehidupan seorang petani, hingga beliau mɛnjadi cukup bɛrsedia menghadapi sebarang risiko.

Lebih membanggakan hasil tanaman di tanah seluas tiga ekar (1.2 hektar), Abdul Rahman mampu mengutip hasil sehingga 12 tan cili besar semusim, dengan dibantu oleh lima pekerjanya.

“Apabila kita memilih untuk bekerja sendiri kita perlu menanggung risiko bersendirian. Kita mampu berdiri di atas usaha kita di dalam keadaan ekonomi negara kita sekarang ini,” katanya.

Sumber: Selayang Pandang

Baca juga: Pengusaha Rojak Mak Bee Rupanya Emak Kepada CEO Malaysia Airlines, Kisahnya Jadi Inspirasi Ramai!

tags: | |