Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » “Nak Elak Punya Pasal..” – Lihat Abah Kena Buli Dengan Ummi, Wanita Ini Geli Hati

“Nak Elak Punya Pasal..” – Lihat Abah Kena Buli Dengan Ummi, Wanita Ini Geli Hati

Kategori:
kena buli

Pasangan yang bahagia adalah pasangan yang tahu bergurau dan ketawa bersama. Bukan sahaja di usia yang muda, malah mereka yang sudah berusia masih lagi manja mengusik satu sama lain.

Telatah pasangan berusia semasa bergurau ini lain macam. Melihat mereka masih mesra di antara satu sama lain, hati kita turut rasa berbunga.

“Nak Elak Punya Pasal..” – Lihat Abah Kena Buli Dengan Ummi, Wanita Ini Geli Hati

Terbaharu, seorang wanita reezmell telah memuat naik sebuah video di laman TikTok untuk berkongsi gelagat lucu kedua ibu bapanya.

Keluar makan bersama, ibunya yang tak mampu menghabiskan makanannya cuba memaksa suaminya untuk berbuat begitu. Namun mungkin kerana telah kenyang atau sekadar ingin mengusik, dia menutup mulut sambil menoleh ke arah lain. kena buli

Cuba menyuap makanan tapi masih tidak berhasil, ibunya masih lagi tidak mengalah. Akhirnya dia perlu akur apabila melihat suaminya meletakkan muka di dalam beg kertas bagi mengelakkan dirinya disuap isteri. kena buli

Melihat gurauan manja di antara ibu bapanya, wanita itu berasa terhibur.

@reezmell sejak bersara… mama mmg kuat buli abah 😝😝 bertabah ye abah.. syg bini kannnnnnnn #sygbini #biniboss🤣🤣🤣 #fyp #tiktokmalaysia #myqueen #myhero #gelagatabahmama ♬ bunyi asal – Nyap tahuk

Meninjau di ruangan komen, orang ramai berasa geli hati melihat gelagat pasangan itu. “Ya Allah comelnya, sweet sangat! Semoga kedua orang tua awak sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Amin.”, doa seorang pengguna.

Ada juga para jejaka tampil dan berasa bahawa bila dah tua, perkara ini akan berlaku pada mereka. “Dah agak dah, memang sampai ke tua kena habiskan makanan anak bini!”.

Gelagat Pasangan Itu Buat Ramai ‘Cair’ kena buli kena buli

Sukanya kita bila melihat pasangan ini masih lagi mampu bergurau manja walaupun sudah berusia. Semoga mereka dikurniakan kesihatan dan kebahagian yang berkekalan sehingga akhir hayat.

Kredit: reezmell

Baca Juga: “Selagi Tak Berkulat, Selagi Tu La Ko Hadap!” – Akibat Lapar, Gadis Ini Terus Makan Tanpa Periksa

tags: | |