Sempena bulan puasa dan pembukaan semula bazar Ramadan tahun ini, ramai orang meniaga pelbagai makanan dan minuman demi mencari rezeki.
Namun ketika ada yang bertungkus lumus untuk menjana pendapatan yang halal, ada segelintir peniaga yang tidak bertanggungjawab dan meniaga semata-mata untuk meraihkan keuntungan lebih.
Tidak mementingkan kebersihan makanan dan minuman yang dijual, hal itu akan membuat mana-mana pelanggan berasa tidak berpuas hati.
Niat seorang wanita untuk bersahur dengan lauk ayam goreng kunyit yang dibeli oleh seorang peniaga terus tak jadi apabila menemui sesuatu yang menjijikkan.
Membuka bungkusan untuk dimakan, wanita itu dengan berianya ingin menikmati lauk itu bersama nasi putih tapi belum sempat menjamah lagi, dia mula tersedar sesuatu yang pelik pada ayam yang dibeli.
Diteliti seeloknya, wanita itu tergamam apabila menemui telur lalat pada lauk yang dibeli. Hal itu membuatnya berasa loya tekak sehingga putus seleranya untuk bersahur.
Sangat merugikan dan membazir, hal ini sememangnya membuat wanita itu berasa kecewa. Keluarkan duit untuk makan tapi sebegini pula yang diberikan oleh peniaga.
Tragedi sahur 27 Ramadhan..
Bukan masak apa xjd…tp sahur yg xjd.
Aspek kebersihan makanan dan minuman itu perlu diutamakan para peniaga. Semestinya kita juga tidak akan rasa berselera bila makanan yang dibeli ada telur lalat. Boleh putus terus selera jadinya.
Semoga hal ini menjadi pengajaran buat para peniaga di luar sana untuk lebih cakna tentang kebersihan makanan yang dijual.
Kredit: Nazahiah Abdul Aziz
Baca Juga: “Baru Perempuan Nampak..”, Cara Peniaga Ini Ajak Orang Beli Buat Ramai Terhibur