Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Pergi Sarapan Di Warung Roti Canai & Lupa Bawa Cash, Pelanggan Ini Tak Sangka Dilayan Sebegini..

Pergi Sarapan Di Warung Roti Canai & Lupa Bawa Cash, Pelanggan Ini Tak Sangka Dilayan Sebegini..

Kategori:
lupa bawa cash

Dalam kehidupan yang serba moden dan canggih ini, penggunaan duit tanpa tunai (cashless) sememangnya sudah diamal oleh orang ramai dalam perbelanjaan seharian. Jika pergi ke restoran atau mana-mana kedai lain misalnya, pasti akan terpampang QR Code ataupun penerimaan kad kredit/debit untuk pembayaran.

Tetapi tidak boleh dinafikan, ada juga kedai-kedai dan warung tepi jalan khususnya masih tidak menggunakan cara ini kerana faktor-faktor tertentu. Mungkin faktor ketiadaan internet ataupun kemudahan dan fasiliti yang terbatas berkenaan liputan.

Pergi Sarapan Di Warung Roti Canai & Lupa Bawa Cash, Pelanggan Ini Tak Sangka Dilayan Sebegini..

lupa bawa cash

Seperti kisah yang dikongsikan baru-baru ini oleh seorang pelanggan di Warung Roti Canai John / Mizan Corner, dia berkongsi cerita bagaimana dia terlupa untuk menyediakan duit tunai/cash dan mengalami kesulitan semasa sesi pembayaran kerana warung tersebut tidak menerima cashless.

Tetapi, itu bukan inti perkongsian yang dikongsi di laman Twitternya itu. Intinya adalah apabila berlaku hal itu, dia terkejut dengan layanan yang diberikan oleh peniaga warung terbabit. Ini apabila kata-kata yang diberikan oleh peniaga roti canai tadi begitu memeranjatkan dirinya.

“Pagi tadi, pergi sarapan dekat warung roti canai. Layanan staf sangat baik. Makanan sampai serious cepat. Waktu nak bayar, aku terlupa yang aku tak ada cash. Dalam wallet cuma RM5. Harga dia RM10. Aku minta maaf dan tanya boleh transfer ke atau QR?”

“Nak tahu apa staf dia cakap?” Dia cakap, ‘akak jangan risau. Ambil kertas ini, nanti akak boleh keluarkan duit dan bayar bila-bila. In case akak sibuk dan tiba-ttiba terlupa, saya halalkan, jangan risau’ itu dia cakap,” katanya menceritakan kisah dia lupa bawa cash ketika sarapan di warung roti canai terbabit.

Tambahnya, Tuhan telah mengirim hal-hal baik melalui cara yang kita tak sangka. Ada kalanya, hal yang kecil dapat memberi kesan yang besar kepada kita. Peniaga terbabit percaya pelanggan dia walaupun bayaran tu besar.

lupa bawa cash

“Mereka baik, makanan sedap. Banyak tempat parking sebelah dia adan ada taman rekreasi sambil makan tennang menghadap. Rakyat Malaysia ni baik sangat sebenarnya,” ceritanya lanjut.

“Nak Tahu Apa Staf Dia Cakap?”

lupa bawa cash

https://twitter.com/AnasofeaRidzwan/status/1580383769491406849?s=20&t=2459OPMcpeTLKsclebylYQ

Meninjau ruangan komen netizen, ramai yang terkesan dengan perkongsian baik ini. Mereka juga berkongsi pengalaman yang tidak disangka berhadapan dengan situasi seakan ini.

“Pernah juga beli makan, tak perasan cash tak cukup. Nak trasnfer akak tu taknak. Dia pun dengan yakinnya suruh bayar esok. Esok aku datang makan dan nak bayar hutang semalam. Dia siap kata akak pun dah lupa dik. Manusia baik,” kongsi seorang netizen bernama Wanaaaairish tentang kisahnya lupa bawa cash.

“Saya semalam pun sama. Masuk site area kampung sekali beli makan pekerja takda banyak cash. Makcik kedai cakap datang esok bayar la, tak bayar pun tak apa, halalkan. Pagi ni suruh kerani pergi bayarkan,” cerita netizen lain.

Tuhan Hadirkan Orang Baik Dengan Cara Tak Disangka

Melalui cerita lupa bawa cash ini, terbuktilah bahawa hal-hal baik masih berjalan dan ramai diselematkan oleh nikmat Tuhan yang tak disangka. Selain itu, ia juga memesan untuk kita  sentiasa sediakan cash walaupun sedikit untuk memudahkan hal-hal sebegini.

Semoga orang-orang baik dirahmati Tuhan.

Sumber: Anas Sofea

Baca juga: Caj Harga Macam Zaman 90-an, RM13 Untuk Tiga Orang Makan. Netizen Kagum Harga Murah

tags: | | |