Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Mengharapkan Rasa Yang Sama, Warganet Teruja Maggi Tomyam Bersama Pes Kini Kembali Berada Di Pasaran

Mengharapkan Rasa Yang Sama, Warganet Teruja Maggi Tomyam Bersama Pes Kini Kembali Berada Di Pasaran

Kategori:
maggi tomyam

Bagi penggemar mee segera dari jenama terkenal Maggi, mesti pernah merasai kenikmatan Maggi tomyamnya yang didatangi bersama pes. Bagaimanapun, ianya kian dilupai oleh orang ramai oleh kerana pihak Maggi telah memilih untuk menggunakan serbuk berbanding pes yang digemari ramai.

Perubahan itu sukar diterima bagi sesetengah pencinta Maggi tomyam jenama tersebut kerana rasanya yang enak. Malah ramai yang memohon untuk pes itu kembali.

Setelah Dinantikan, Permintaan Akhirnya Terjawab..

Di Twitter, seorang pengguna, @blurpppppppppp telah berkongsi rasa gembiranya dengan memuat turun gambar Maggi tomyam yang dijual di pasaran. Namun, ia berbeza dari sebelumnya kerana Maggi tomyam kali ini dijual dalam pes dan bukannya serbuk.

maggi tomyam

Orang Ramai Teruja, Harap Rasa Pes Maggi Tomyam Tetap Sama

Dari perkongsian tersebut, orang ramai berasa teruja kerana Maggi Tomyam menggunakan pes dijual kembali setelah beberapa tahun serbuk mengantikan pes.

Mengharapkan rasa yang sama dimana penggunaan pes mempunyai rasa yang lebih enak dan sama seperti tomyam yang boleh didapati di kedai makan, mereka teruja untuk mendapatkan dan menikmati Maggi tomyam tersebut.

maggi tomyam

maggi tomyam

Pihak Maggi Sedia Mendengar Maklum Balas Pengguna

Malah, warganet turut meluahkan rasa berterima kasih pada pihak Maggi kerana mendengar maklum balas dari pengguna. Meskipun mengambil masa beberapa tahun, jelas pihak Maggi mendengar permintaan orang ramai untuk kembalikan pes yang digemari.

maggi tomyammaggi tomyam

Meskipun Maggi pernah ‘tersalah’ langkah dengan menggantikan perisa Maggi itu dengan menggunakan serbuk, namun mereka berjaya ‘memujuk’ semula orang ramai setelah mengembalikan kegemaran yang dinantikan.

Jelas perkara ini merupakan sesuatu yang patut diraikan oleh pencinta Maggi. Jadi bagi yang lama sudah menanti atau tidak pernah rasai Maggi tomyam bersama pes, boleh lah menyerbu pasaraya atau kedai runcit berdekatan sebelum ianya licin.

Kredit: Twitter @bblurpppppppppp

Baca Juga: “Auto Semua Behave..” Kawan-Kawan Terus Jadi ‘Sopan’ Apabila Lelaki Ini Bawa Wanita Ini Masa Melepak Bersama

tags: |