Mengadakan sesebuah majlis bukanlah perkara yang mudah. Pelbagai persiapan dan perancangan yang perlu dilakukan sehingga pihak tuan rumah tak cukup tangan dan masa untuk menyiapkan kesemuanya.
Sambil tuan majlis sibuk melakukan persiapan, perkara kecil seperti makanan dan minuman boleh diuruskan oleh pihak lain. Namun bila menempah sesuatu, pihak tuan majlis perlu berhati-hati kerana tak semua orang jujur dalam meniaga.
Kisah malang itu terjadi pada seorang wanita, nicksue yang terlalu sibuk melakukan persiapan untuk majlis kahwinnya yang bakal berlangsung hingga tak cukup tangan untuk fikirkan hiasan pulut kuning yang akan disajikan di majlis itu.
Oleh kerana tidak sempat, dia mencari seseorang yang mahir dalam menghiasi pulut kuning. Untuk majlisnya, dia juga meminta hiasan angsa bersakma sedikit bunga di sekeliling pulut tersebut.
Permintaannya janji akan ditunaikan oleh pembuat pulut tersebut tapi bila tiba hari majlis, dia berasa terkejut apabila melihat pulut yang tiba jauh berbeza dari yang diminta.
“Minta angsa tapi yang dapat dinosaur.”, luah wanita itu. Jika dilihat, pulut yang tiba kelihatan sangat comot dan tidak professional dengan taburan cendawan dan tomato. Malah, rupa angsa itu seakan dinosaur merosakkan persiapan majlisnya. Membayar RM150 untuk pulut tersebut, dia tak sangka si tukang hias pulut itu sanggup memberi hasil sebegini.
@nicksue Minta angsa tapi yg dapat dinosaur😭 #tragedi9september #viral #fyp #fypsounds
@nicksue Minta angsa tapi yg dapat dinosaur😭 #tragedi9september #viral #fyp #fypsounds ♬ suara asli – Nukin – Parikesit
Walau bagaimanapun bila menjengah di ruangan komen, orang ramai terhibur bila melihat hasil pulut tersebut. Jelas mereka tiada niat untuk menggelakkan nasib malang wanita itu tapi rupa pulut itu sangat lucu.
“Astaga.. tak nak gelak nanti masuk Melaka. Tapi dah bersembur ni, guana?”, usik pengguna Puteri_Bunian.
Manakala pengguna nur pula katakan; “Maaf ya. Tak tahan aku, terguling-guling gelak.”
Bila tengok hasil pulut itu, tak heran mengapa ramai yang berasa terhibur. Tapi kesian juga pada wanita itu yang perlu menanggung perkara tersebut. Harap perkara ini menjadi pengajaran buat semua untuk tidak terlalu mempercayai seseorang kerana perkara itu boleh mendatangkan padah juga.
Kredit: nicksue