Wanita ini mencipta memori indahnya apabila dirisik keluarga bakal suami dalam suasana santai dengan hanya memakai pakaian harian biasa di kedai makan sekali gus mendapat perhatian netizen yang memuji majlis ringkas ituu.
Majlis merisik Nur Diana Atikah Zahrain, 23, diadakan di kedai makan milik bapanya, Zahrain Hamzah, 49, di Bandar Baharu Sungai Buloh, di sini, pada 22 Februari lalu.
Video majlis merisik di kedai makan itu dikongsikan Nur Diana Atikah, Sabtu lalu dan mendapat pujian serta perhatian di TikTok.
Ia kerana dilakukan secara santai dengan sesi menyarung cincin tanda juga dilakukan di premis berkenaan.
Nur Diana Atikah berkata, keluarga bakal tunangnya, Muhammad Haziq Kamarulzaman, 23, datang ke Sungai Buloh dari Negeri Sembilan untuk berkenalan dengan keluarganya buat kali pertama sebelum menghantar rombongan meminang.
Menurutnya, bapa memberi idea untuk keluarga Muhammad Haziq ke kedai makan mereka untuk bertemu dan makan malam bersama dan disambut baik keluarga lelaki berkenaan yang mahu pertemuan itu diadakan dalam suasana santai.
“Pada mulanya saya cadang nak buat merisik dan bertunang dalam satu majlis tetapi keluarga lelaki mahu datang dahulu untuk bertemu, berkenalan dan bersembang saja sebelum majlis meminang mengikut adat diadakan hujung minggu ini.
“Segan dan berdebar juga tetapi apabila melihat keluarga lelaki datang (dengan mesra) saya rasa gembira. Saya ringkas saja dan tidak kisah sangat jika majlis merisik sederhana,” katanya mengakui kedua-dua keluarga gembira malam itu.
Katanya, dia berkongsi video merisik itu agak lewat kerana pada mulanya tidak bersedia berkongsi perkara itu namun bertukar fikiran kerana ia meninggalkan kenangan manis untuknya dan mengakui bimbang jika video itu akan hilang.
@hmetromy Wanita ini mencipta memori indahnya apabila dirisik keluarga bakal suami dalam suasana santai dengan hanya memakai pakaian harian biasa di kedai makan sekali gus mendapat perhatian netizen yang memuji majlis ringkas itu. #beritatiktok #merisik
@hmetromy Wanita ini mencipta memori indahnya apabila dirisik keluarga bakal suami dalam suasana santai dengan hanya memakai pakaian harian biasa di kedai makan sekali gus mendapat perhatian netizen yang memuji majlis ringkas itu. #beritatiktok #merisik ♬ original sound – Harian Metro
“Setiap orang ada kenangan dan saya juga sama seperti orang lain mahu menyimpan memori itu dan bagi saya bagus juga majlis merisik dibuat secara santai seperti itu supaya dua keluarga boleh saling berkenalan sebelum berbincang.
“Cuma tak sangka pula video itu akan mendapat perhatian namun saya hargai dan bersyukur apabila ramai mendoakan perkara yang baik-baik terutama majlis kami nanti berjalan lancar dan puji ia dilakukan sederhana,” katanya.
Sumber: Harian Metro