Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Menjijikkan!”- Makan Aiskrim Atas ‘Tuala Wanita’, Sekumpulan Lelaki Buat Netizen Loya

“Menjijikkan!”- Makan Aiskrim Atas ‘Tuala Wanita’, Sekumpulan Lelaki Buat Netizen Loya

Kategori:

Aiskrim merupakan pencuci mulut yang sangat digemari oleh semua peringkat umur. Tekstur aiskrim yang mengandungi campuran susu, krim, dan gula. Aiskrim sememangnya boleh dibekukan menjadikan teksturnya lembut dan berkrim. Disebabkan teksturnya yang begitu, menyebabkan kita perlu menyimpan dengan baik sebelum makan supaya dapat menghalang daripada cair.

Pada musim panas ini, aiskrim merupakan makanan yang sejuk dan sesuai dimakan. Sememangnya menjadi satu kenikmatan yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Tambah pula, bila dapat makan bersama kenalan yang rapat atau rakan.

Namun, baru-baru ini tular di TikTok yang memaparkan sekumpulan rakan yang sedang makan aiskrim telah membuat ramai netizen loya dan berasa jijik apabila melihat video berdurasi pendek itu.

“Menjijikkan”, Makan Aiskrim beralas ‘Pad’, Plastic dan Mask..

Perbuatan yang ditunjukkan dalam video makan bersama rakan tersebut membuatkan ramai berasa ‘jijik’ melihatnya. Menggunakan bekas alas yang sangatlah luar biasa.

Dalam video terbabit, kelihatan mereka makan menggunakan bekas yang berlainan seperti tuala wanita, pelitup muka, serta plastik dan disebabkan itu ramai netizen mengecam perbuatan makan aiskrim tersebut. Memang menjijikkan kerana menggunakan bekas yang tidak sepatutnya.

Walaupun sudah tersedia bekas aiskrim yang sesuai, namun sekumpulan lelaki itu menunjukkan mereka menggunakan peralatan lain sebagai alas.

Difahamkan, video berkenaan bukanlah milik penduduk Malaysia tetapi dari penduduk luar negara. Namun, video tersebut telah lalu di ‘for you page‘ TikTok orang ramai dari pelbagai negara seperti netizen Malaysia.

 

@louiemrslora♬ original sound – kooze

Menjengah diruang komen, ramai netizen meninggalkan reaksi yang berbeza serta terkejut melihat perbuatan makan aiskrim tersebut yang telah dipaparkan oleh mereka.

Ya Allah Apa Yang Last Sekali Tu…

Siapa sahaja pasti akan terkejut melihat perbuatan makan aiskrim dalam video tersebut. Bukan satu perbuatan yang di normalize di Malaysia. Dan isu menjaga adab dengan makanan memang sangat dititik beratkan dalam kalangan masyarakat kita.

Kalau boleh janganlah dibuat main, makanankan rezeki yang diberikan oleh-Nya. Gunalah bekas yang sesuai.

Kredit: louiemrslora (TikTok)

 

Baca juga:“Boleh Makan Ke Tak Tu Gaisss?” Keliru Dengan Warna Telur Yang Nampak ‘Pelik’, Ramai Nasihat Wanita Itu Cepat-Cepat Buang.

 

 

 

 

tags: | | | |