Anda seorang yang makan banyak tapi tetap kurus? Jangan terlalu seronok kerana mungkin ia bukan satu ‘anugerah’ tetapi anda sebenarnya telah mempunyai satu gejala penyakit. Jom baca penjelasan dari Dr Waque yang telah berkongsi di laman sosial Twitter beliau. Perkongsian tersebut telah mendapat lebih 11 ribu retweets.
Makan banyak dan tidak aktif tetapi kurus? Jangan seronok sangat, ia mungkin bukan anugerah, tetapi salah satu gejala penyakit HYPERTHYROIDISM. Ia masalah kesihatan apabila kelenjar thyroid terlebih merembes hormon thyroxine.
Gejala HYPERTHYROIDISM lain adalah:
Keadaan mata terjojol (exophtalmos) mungkin adalah tanda HYPERTHYROIDISM.
Komplikasi HYPERTHYROIDISM terhadap jantung adalah ritma jantung tidak normal. Jika tidak dirawat boleh menyebabkan kegagalan jantung (heart failure). Pesakit juga akan merasa sesak nafas.
HYPERTHYROIDISM yang teruk juga boleh menyebabkan koma. Penyakit ini boleh disahkan dengan ujian darah dan ada rawatan.
Sumber: @drwaque